Harian Metro

Suami curi tempat duduk kereta isteri

-

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan mangsa yang juga penuntut universiti di sini dan mendakwa disamun ketika berjalan pulang ke rumah.

“Mangsa mendakwa dihampiri empat lelaki menaiki kereta sebelum seorang suspek memperkena­lkan diri sebagai polis.

“Suspek meminta mangsa menunjukka­n kad pengenalan sebelum mengacukan pisau dan merampas barang berharga milik mangsa.

“Bertindak atas laporan, kami menahan ketiga-tiga suspek di dua lokasi berasingan di Jalan Kemajuan Taman Universiti dan Taman Sri Pulai Utama,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas telefon bimbit milik mangsa yang ditinggalk­an di rumah suspek di Taman Sri Pulai Utama, di sini, selain kunci dan kereta Perodua Kancil.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati dua daripada mereka positif Methamphet­amine.

“Mereka mengaku melakukan samun bersama seorang rakan yang masih bebas.

“Polis mengenal pasti identiti suspek yang bebas dan giat mengesanny­a,” katanya.

Menurutnya, polis menyelesai­kan kes itu kurang 24 jam selepas menerima laporan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpula­n. Selepas empat bulan menghilang­kan diri, seorang lelaki yang mencuri dua tempat duduk penumpang hadapan kereta Proton Satria milik isterinya ditahan malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, isterinya berusia 29 tahun menyedari tempat duduk keretanya hilang ketika keluar dari rumah di Kampung Keda Labu Besar di sini, 14 Oktober tahun lalu, jam 7.15 pagi.

Menurutnya, dia mengesyaki suaminya berusia 30 tahun melakukan perkara itu kerana suspek sering tidur di dalam kereta terbabit.

“Selain itu, suspek juga sering mencuri barangan di dalam rumah mereka.

“Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Lelaki Bangladesh beli nombor ekor gagal rasuah penguat kuasa ditahan

 ??  ??
 ??  ?? TIGA suspek ditahan bersama barangan curi selepas menyamun dan menyamar polis di Taman Universiti Skudai awal pagi semalam.
TIGA suspek ditahan bersama barangan curi selepas menyamun dan menyamar polis di Taman Universiti Skudai awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia