Harian Metro

64 rumah terjejas dilanda ribut

-

memancing di perairan Pulau Pinang dan semua ahli keluarga membuat laporan polis berhubung kes terbabit.

Semua pemancing yang hilang itu dikenali sebagai Mohd Khairul Anuar Mohd Salleh, 30, yang juga tekong bot berkenaan, Mohd Azmil Abdul Rahman, 31, Mohd Faiz Ibrahim, 30, Lee Chee Sen, 49, Khairil Hafidzi Tajuddin, 31, dan Mohd Rajis Jamil, 35.

Sementara itu, Nur Aisah Zakaria, 31, isteri kepada Mohd Rajis berkata, sudah dua bulan suaminya berehat daripada hobi memancing dan hanya keluar semula ke laut kelmarin bersama rakannya.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai juruteknik di PETRONAS Gurun, Kedah itu memang gemar memancing.

“Mereka keluar sejak jam 6 pagi dari Jeti Kampung Datuk Keramat dengan menaiki sebuah bot,” katanya.

Nur Aisah berkata, suami sepatutnya pulang petang kelmarin tetapi selepas jam 7 petang tetapi semua mereka itu gagal dihubungi.

“Saya cuba beberapa kali menghubung­i telefon bimbit suami tetapi langsung tiada liputan talian.

“Saya kemudian mencari akaun Facebook (FB) tekong yang pergi bersama suami sebelum melihat beberapa komen yang mengatakan mereka gagal dikesan,” katanya. Tanjung Karang: “Saya fikir mati apabila kayu di anjung luar rumah menimpa kepala, namun saya gagahkan diri keluar daripada timbunan kayu dan bergegas ke rumah saudara untuk minta pertolonga­n,” kata Admah Nendek, 65.

Rumah didiami wanita warga emas itu antara sebahagian daripada 64 rumah yang terjejas akibat dilanda ribut di Sawah Sempadan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun beberapa kenderaan selain rumah dilaporkan rosak.

Admah ketika ditemui Metro di rumahnya di Blok D Sawah Sempadan, berkata, ketika kejadian dia bersama anak perempuann­ya, Siti Aishah Hashim, 35, serta dua cucu berusia enam tahun dan setahun berada dalam rumah.

“Pada mulanya cuaca di luar disangkaka­n hanya hujan dan kebetulan saya berehat di anjung rumah manakala anak (Siti Aishah) berada di bilik tengah.

“Bagaimanap­un, tiba-tiba angin kencang berlaku dan dalam beberapa saat saja ia menerbangk­an bumbung serta meranapkan dinding rumah,” katanya yang mendakwa kerugian hampir RM100,000.

Katanya, dia terkilan rumah pusaka tinggalan ibunya, Allahyarha­m Saripah Mat Diar turut rosak teruk dalam kejadian itu.

“Bayangkan, rumah yang berpuluh tahun dibina atas hasil keringat mak habis (rosak teruk) sekelip mata dan hanya tinggal serpihan kayu serta tiang rumah.

>>Sembilan kampung terbabit dalam kejadian ribut berkenaan

“Ketika ini saya menumpang di rumah saudara terdekat sementara menunggu rumah dibina semula yang mungkin mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor berkata, sembilan kampung iaitu Kampung Parit Satu, Dua, Tiga dan Empat, Kampung Blok B, I, Kampung C, O dan J, Blok D, K, P, V, Kampung Seri Tiram Jaya dan Kampung Parit Serong terbabit dalam kejadian ribut berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar turut melawat ke kawasan berkenaan bagi menziarahi mangsa, semalam sambil menghulurk­an sumbangan peribadi bagi meringanka­n beban mangsa.

Dalam pada itu, penduduk, Yakinah Rahim, 64, berkata, dia hampir kehilangan suaminya, Abu Talib Daud, 78, akibat dihempap dinding kayu dalam kejadian ribut berkenaan.

“Saya hampir pitam apabila dinding kayu menimpa suami yang berada atas katil. Mujurlah anak dan rakan sekampung datang membantu,” katanya yang mendakwa kerugian hampir RM50,000.

 ??  ?? BEBERAPA rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut di Sawah Sempadan, Tanjung Karang.
BEBERAPA rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut di Sawah Sempadan, Tanjung Karang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia