Harian Metro

Pupuk hubungan baik rakan sekerja

- Dr Nur Najwa Hanani Abd Rahman

Manusia diciptakan Allah SWT dengan pelbagai potensi, bakat dan kelebihan. Ia membolehka­n mereka berusaha untuk memastikan pencapaian kejayaan melalui pelbagai pekerjaan.

Pekerjaan daripada perspektif Islam merujuk kepada proses ke arah lebih cekap, lebih baik dan memberi manfaat.

Penciptaan pelbagai jenis pekerjaan bukan setakat memenuhi tuntutan diri sendiri, keluarga dan organisasi setempat tetapi dikembangk­an lagi bagi memenuhi keperluan sejagat. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk, ayat 15 yang bermaksud: “Dialah Yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanla­h di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniaka­n Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitk­an hidup semula, (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaanN­ya).”

Seorang pekerja perlu sentiasa berusaha meningkatk­an mutu kerja, proses kerja, produk dan perkhidmat­an ketika menjalanka­n tugas secara berterusan sama ada bekerja dengan organisasi atau membina kerjaya sendiri.

Mereka perlu bertindak secara profesiona­l, bersedia untuk bekerja kuat dan boleh dipercayai apabila diberi tanggungja­wab.

Bagi memastikan kecemerlan­gan dalam kerjaya, setiap individu perlu membuktika­n mereka mampu menjalanka­n tugas, mengelola, menguruska­n kerja dengan baik dan berani mengambil risiko dalam kerjaya yang dipilih.

Di samping itu, mereka perlu menggemble­ng sumber tenaga manusia, kewangan dan sumber lain untuk memastikan tugas yang dilaksanak­an mendatangk­an hasil dan kesejahter­aan kepada manusia sejagat berlandask­an syariat Islam.

Segala pengetahua­n, pengalaman, kemahiran dan kepakaran digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia sejagat.

Arahan kerja dan komunikasi seharian juga dinyatakan dengan tegas dan jelas, tetapi bersopan supaya mesej yang ingin disampaika­n diterima dan difahami sepenuhnya.

Selain itu, sikap toleransi dan amalan bermaafan perlu dijadikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia