Harian Metro

Setia pada negara bukan kepada pemimpin politik

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an semua pihak supaya lebih setia kepada negara dan bukannya pemimpin atau parti politik.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada kalanya perlu setia kepada pemimpin atau parti, namun yang lebih utama adalah negara.

Menurutnya, jika pemimpin atau parti itu dapat meninggika­n pencapaian negara, maka setialah kepadanya.

“Negara kita yang lebih utama dari lain-lain kerana kita dilahirkan, membesar dan berkahwin di negara ini. Justeru, kita perlu ingat yang memberi nikmat kepada kita adalah negara kita.

“Alhamdulil­lah, negara kita dapat ditadbir dengan baik dan ini tidak selalu berlaku kepada semua negara. Malah, ada antara negara tertentu tidak boleh pun mendirikan kerajaan jauh sekali mentadbir negara dengan baik.

“Sejak merdeka, kita hadapi banyak masalah namun kita dapat bangunkan negara dengan baik,” katanya berucap pada majlis perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau juga mahu penjawat awam supaya tidak begitu taasub kepada pemimpin dan parti hingga lupa tugas untuk negara.

Dr Mahathir berkata, Malaysia milik semua sama ada Melayu, India, Cina, Iban, Kadasan, Bajau dan sebagainya.

“Kita hanya perlu beri kesetiaan sementara kepada pemimpin atau parti hanya jika mereka dapat penuhi kehendak negara, tapi bila ada penyelewen­gan maka kita perlu beralih kesetiaan kepada negara.

“Tapi jika kita secara membuta tuli mempunyai kesetiaan kepada orang tertentu atau parti walaupun mereka sudah tidak berguna lagi kepada kita, maka yang akan menjadi mangsa kelak anak cucu kita,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir berucap di Perhimpuna­n Bulanan JPM di Dataran Perdana Putra. Turut
hadir, Dr Wan Azizah dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk
Seri Dr Ismail Bakar.
DR Mahathir berucap di Perhimpuna­n Bulanan JPM di Dataran Perdana Putra. Turut hadir, Dr Wan Azizah dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia