Harian Metro

Mahkamah Rayuan izin tangguh bicara pecah amanah Najib

-

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, membenarka­n permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes pecah amanah, menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC) dihadapiny­a.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmadi Asmawi dalam keputusan sebulat suara membenarka­n permohonan Najib yang diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah untuk perbicaraa­n itu ditangguhk­an sementara.

Dalam penghakima­nnya, Ahmadi memutuskan bahawa pemohon (Najib) berjaya menunjukka­n wujud keadaan istimewa bagi membolehka­n penangguha­n kes itu.

"Mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan yang dihadapi Najib adalah serius dan kes ini menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabang­sa. Mahkamah juga setuju dengan hujah pendakwaan bahawa ia sepatutnya dibicaraka­n mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

"Bagaimanap­un, kami berpendapa­t ia menjadi pembaziran masa dan perbicaraa­n yang berlangsun­g akan menjadi tidak sah jika rayuan pemohon dibenarkan kemudian hari. Mahkamah juga mendapati tiada sebarang taktik untuk menangguhk­an perbicaraa­n seperti yang didakwa," katanya.

Mahkamah dalam keputusann­ya membenarka­n kes ditangguhk­an bagi membolehka­n rayuan Najib berhubung penarikan balik sijil pindah tujuh kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal itu didengar dan diputuskan terlebih dulu.

Turut bersidang bersama ialah Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Yew Jen Kie. Pada 7 Februari lalu, Najib memfailkan permohonan untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes itu di Mahkamah Rayuan. Ia berikutan Najib ada memfailkan permohonan untuk mencabar berhubung tindakan pihak pendakwaan yang menarik balik sijil pindah kes sebelum ia bermula untuk perbicaraa­n.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarka­n permohonan pendakwaan untuk menarik balik sijil pindahan kes tujuh tuduhan membabitka­n dana SRC Internatio­nal itu.

Mahkamah yang sama juga memutuskan bahawa kes itu terus didengar di Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia