Harian Metro

Tapir jantan ‘ganas’ ditangkap

-

Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor tapir jantan yang memusnahka­n ladang getah milik penduduk Kampung Pek, dekat Bukit Bakar, Machang, sejak tahun lalu.

Ketua PERHILITAN Daerah Kuala Krai Abdul Hakim Zulkefli berkata, mamalia seberat 120 kilogram (kg) itu ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang pihaknya antara jam 5 hingga jam 6 pagi kelmarin.

“Tapir itu ditemui berada dalam perangkap oleh penduduk yang dalam perjalanan ke ladang getahnya sebelum memaklumka­n kepada pihak PERHILITAN.

“Kami kemudian menghantar satu pasukan ke lokasi perangkap itu untuk mengambil tapir berkenaan,” katanya.

 ??  ?? TAPIR jantan seberat 120kg yang memusnahka­n pokok getah milik penduduk kampung dekat Bukit Bakar.
TAPIR jantan seberat 120kg yang memusnahka­n pokok getah milik penduduk kampung dekat Bukit Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia