Harian Metro

Pencari siput ditemui lemah 5 jam hilang

-

Tanjung Karang: Seorang pencari siput ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan penyelamat selepas dilaporkan hilang lebih lima jam di kawasan Sungai Yu, di sini, kelmarin.

Shahrizan Sarbini, 39, sebelum itu disedari hilang jam 2.15 petang apabila dia tidak kembali ke lokasi berkumpul yang dijanjikan bersama empat rakannya.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.10 petang sebelum menghantar empat anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 7 malam dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Karang dan penduduk kampung,” katanya.

 ??  ?? SHAHRIZAN ditemui selamat di kawasan hutan paya bakau di Kampung Sungai Yu.
SHAHRIZAN ditemui selamat di kawasan hutan paya bakau di Kampung Sungai Yu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia