Harian Metro

Bekas pengurus pemasaran hina Agong didakwa

-

Seorang bekas pengurus pemasaran di sebuah syarikat keselamata­n swasta didakwa di Mahkamah Siber, semalam atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu.

Tertuduh, Liew Chee Ling, 46, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy.

Mengikut pertuduhan, Chee Ling didakwa mengeluark­an kenyataan yang disifatkan menghina Sultan Muhammad V melalui laman Facebook ‘Eric Liew’ pada jam 7 petang hingga 9 malam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas,D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kenyataan itu didakwa dimuat naik secara sedar dan memulakan penghantar­an komunikasi secara jelik dengan berniat untuk menyakitka­n hati orang lain.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama iaitu denda

RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Kamal mencadangk­an jaminan RM20,000 kerana ia membabitka­n kos berprofil tinggi selain membuktika­n bahawa mahkamah memandang serius berhubung kes sedemikian.

Tertuduh yang diwakili peguam, New Sin Yiew merayu jumlah itu dikurangka­n atas alasan kes sedemikian sebelum ini hanya dikenakan jumlah jaminan yang ringan.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Mac depan.

 ??  ?? CHEE Ling
CHEE Ling

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia