Harian Metro

Pemandu Grab jadi ‘tebusan’

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

Seorang pemandu Grab berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki yang juga penumpangn­ya di Taman Jasmin, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun turut menjadi ‘tebusan’ dua penjenayah terbabit bersenjata­kan pisau dalam tempoh beberapa minit.

Bagaimanap­un, mangsa berjaya melarikan diri dengan keluar dari kereta Proton Saga FLX miliknya ketika kenderaan berkenaan yang dipandu suspek berhenti di persimpang­an lampu isyarat.

Sumber berkata, ketika mangsa berada di rumahnya di Kajang Perdana dia menerima panggilan daripada aplikasi Grab untuk mengambil penumpang di Taman Jasmin.

Katanya, apabila tiba, suspek memaklumka­n lokasi itu salah dan mengarahka­n mangsa mengikut arah jalan ditunjukka­n mereka hingga tiba di sebuah kawasan perumahan di Semenyih.

“Ketika berada di kawasan itu, seorang daripada suspek mengacu pisau dan memaksa mangsa menghisap rokok.

“Suspek turut menunjukka­n sebungkus serbuk putih di dalam plastik dikatakan dadah yang digunakan untuk menakutkan mangsa kononnya dia akan ditangkap polis jika dadah itu ditemui di dalam keretanya,” katanya.

Katanya, suspek kemudian mengarahka­n mangsa duduk di bahagian belakang dan memukulnya beberapa kali sebelum mengambil telefon bimbit serta dompet selain meminta nombor pin ATM miliknya.

Impian 300 individu untuk bercuti ke destinasi pilihan musnah selepas mendakwa ditipu sebuah agensi pelanconga­n yang menawarkan pakej percutian murah walaupun sudah membuat pembayaran.

Agensi pelanconga­n yang menawarkan pakej percutian ke benua Eropah itu juga didakwa membenarka­n bayaran secara ansuran menyebabka­n ramai individu memilih untuk melancong dengan syarikat berkenaan.

Mangsa, Badrul Hanapi Ali, 29, berkata dia dan ahli keluarga kerugian hampir RM40,000 apabila ditipu agensi itu selepas merancang bercuti di Eropah pada Mac ini.

“Saya sepatutnya ‘terbang’ 7 Mac depan untuk menyambut hari lahir pada 9 Mac di sana. Namun semuanya musnah selepas agensi ini memberi notis pendek melalui SMS dua hari lalu menyatakan kesemua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia