Harian Metro

Menggigil serah MyKad

-

Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri sebaik menyedari sekatan jalan raya gagal apabila ditahan dalam Ops Selamat ke-14 di Kilometer 2.5 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di sini, semalam.

Dalam operasi bermula jam 10.15 pagi itu, lelaki berusia 21 tahun berkenaan cuba membuat pusingan U dengan melawan arus, tetapi tidak berhasil selepas seorang anggota polis bersedia mengejarny­a dengan motosikal.

Ketika ditahan, dia mengambil masa hampir dua minit untuk mengeluark­an kad pengenalan serta cukai jalan kerana tangannya mengigil akibat ketakutan sebelum ditenangka­n oleh anggota polis lain.

Lelaki itu mendakwa dia dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Seksyen 18 di sini, dari Sungai Buloh selepas keluar dengan rakan-rakannya.

Pemeriksaa­n lanjut ke atas lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu.

Turut ditahan, empat sekawan yang lambat ke kuliah di sebuah institusi pengajian tinggi berdekatan atas kesalahan tidak mengunakan laluan motosikal sedia ada.

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik memeriksa penunggang dalam Ops Selamat.
ANGGOTA polis trafik memeriksa penunggang dalam Ops Selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia