Harian Metro

Dua beradik ‘menginap’ rumah dipecah masuk

-

Kegiatan dua beradik yang memecah masuk sebuah rumah tidak berpenghun­i dan menjadikan­nya sebagai tempat simpanan hasil curi terbongkar apabila mereka ditahan 6 Februari lalu.

Dalam kejadian di Kampung Tebuk Haji Sidek itu, suspek berusia 27 dan 37 tahun itu juga sempat ‘menginap’ di kediaman berkenaan selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, kegiatan mereka disedari cucu penghuni rumah terbabit yang menyedari kewujudan individu tidak dikenali di kediaman itu.

“Dia kemudian menghubung­i polis dan sepasukan anggota polis berjaya menahan suspek lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang medianya, semalam.

Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan curi yang dilakukan kedua-dua suspek.

“Antara barangan yang dirampas termasuk pembesar suara, radio, telefon bimbit dan rantai tangan,” katanya.

Seorang pembonceng motosikal memberi alasan sakit tiba-tiba apabila ditahan dalam Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baru Cina 2019 di Plaza Tol Jalan Duta di sini, kelmarin.

Wanita berusia 25 tahun itu sebelum itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen ketika diperiksa sebelum ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methapheta­min.

Sebaik rahsianya terbongkar, wanita yang menetap di Sungai Buloh, Selangor itu merayu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n

Kuala Lumpur: Merokok dan menggunaka­n telefon bimbit antara kesalahan dilakukan pemandu bas ketika memandu dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.

Kesalahan itu dikenal pasti sepanjang Operasi Penyamaran Bas yang dilakukan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dalam operasi Tahun Baru Cina 2019 yang bermula 29 Januari lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, lapan anggota JPJ menaiki 88 bas dari

 ??  ?? NOR Azmi (tengah) menunjukka­n barangan curi yang dirampas.
NOR Azmi (tengah) menunjukka­n barangan curi yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia