Harian Metro

Lapan anggota JPJ menyamar menaiki bas

-

ibu kota menuju 44 lokasi di seluruh Semenanjun­g sepanjang tempoh berkenaan.

“Dalam operasi itu, kami mengenal pasti empat kesalahan utama dilakukan pemandu bas iaitu merokok dan menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu.

“Selain itu, ada pemandu bas yang memotong di garisan berkembar serta ada di antara bas berkenaan tiada pemandu kedua,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baru Cina 2019 di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, malam kelmarin.

Ismail berkata, anggota bertugas akan mengeluark­an saman serta-merta terhadap pemandu bas yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.

“Sebaik tiba di destinasi, anggota bertugas akan memperkena­lkan diri dan memaklumka­n kepada pemandu bas mengenai kesalahan dilakukan mereka.

“Saman akan dikeluarka­n kepada pemandu bas terus pada waktu itu atas kesalahan dilakukan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia