Harian Metro

Nilai jualan sektor pembuatan tempatan catat peningkata­n 7.7%

-

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Disember 2018 mencatatka­n peningkata­n 7.7 peratus kepada RM824.8 bilion pada 2018.

Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan pekerja yang terbabit dalam sektor berkenaan bagi tempoh itu meningkat 1.7 peratus kepada 1.07 juta orang.

“Nilai jualan setiap pekerja meningkat 5.9 peratus kepada RM766,840,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, nilai jualan terkumpul sektor pembuatan pada Disember 2018 meningkat 7.5 peratus kepada RM72.3 bilion berbanding RM67.3 bilion yang direkodkan pada bulan sama setahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia