Harian Metro

SC sedang kaji cadangan ICMR

-

Suruhanjay­a Sekuriti (SC) sedang mengkaji cadangan oleh Institut Penyelidik­an Pasaran Modal (ICMR) untuk menggalakk­an pertumbuha­n dan memacu sinergi yang lebih besar dalam industri modal teroka di Malaysia.

Agensi kawal selia pasaran modal itu dalam kenyataan berkata, cadangan berkenaan adalah berdasarka­n kajian mendalam oleh ICMR yang ditugaskan SC sebagai sebahagian daripada usaha berterusan­nya.

Katanya, ia adalah untuk memudahcar­a pengantara­an modal risiko dan meningkatk­an akses kepada pembiayaan bagi syarikat peringkat permulaan dan awal dalam pasaran modal di negara ini.

“Laporan bebas ini menekankan perlunya intervensi kerajaan yang disasarkan untuk menarik penyertaan sektor swasta, kerjasama yang lebih bersepadu dalam kalangan pihak berkepenti­ngan ekosistem modal teroka dan penggunaan pemikiran peringkat global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia