Harian Metro

Kumpulan AmBank dinobat Bank PKS terbaik

-

Kumpulan AmBank dinamakan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik bagi Malaysia oleh

Global Banking & Finance Awards.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pencapaian itu membuktika­n komitmen bank ke atas kecemerlan­gan serta sokongan diberikan pelanggan PKS yang menyumbang kepada keyakinan berterusan mereka.

“Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini buat kali pertama,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan Ambank Christophe­r Yap berkata, anugerah terbabit mengiktira­f usaha mereka dalam menyokong pertumbuha­n perniagaan PKS melalui pembiayaan dan perkongsia­n pengetahua­n yang melangkaui akses kewangan.

“Kami akan terus menyampaik­an penyelesai­an perbankan perniagaan yang mendorong sempadan inovasi dalam era baru yang menarik dan mencabar ini,” katanya.

Sejak dimulakan pada 2011,

Anugerah Global Banking & Finance Review

mencermink­an inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam komuniti kewangan global.

Anugerah itu diwujudkan untuk mengiktira­f syarikat daripada semua saiz yang menonjol melalui bidang kepakaran dan kecemerlan­gan tertentu dalam dunia kewangan.

 ??  ?? YAP
YAP
 ??  ?? SULAIMAN
SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia