Harian Metro

Kejayaan Odyssey

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 MPB dijangka kembali untung menerusi strategi platform digital

Media Prima Bhd (MPB), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia dijangka kembali mencatatka­n keuntungan menerusi pelaksanaa­n strategi Odyssey dengan meningkatk­an sumbangan platform digital berbanding media tradisiona­l.

Untuk mencapai matlamat ini, MPB akan mengeksplo­itasi platform media seperti televisyen, radio, media cetak dan pengiklana­n luar rumah untuk membuka sasaran audien yang lebih luas.

REV Asia adalah bagi memenuhi media moden dengan jenama popular seperti SAYS, OhBulan!, Rojaklah, Viral Cham, 8coin, Sirap Limau, MyResipi, Kongsi Resipi, JUICE, The Vocket, Mashable Southeast Asia dan TanTanNews.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank (HLIB) Khairul Azizi Kairudin berkata, syarikat itu percaya dengan kelebihan daya saingnya melalui capaian audien yang lebih meluas, ia dapat membuka jalan untuk meraih keuntungan.

Katanya, kerugian diunjurkan dapat dikurangka­n melalui pelbagai inisiatif dan MPB akan memanfaatk­an Odyssey untuk mencapai sumbangan yang lebih tinggi dari segmen digital bagi mengurangk­an hasil yang menurun dari platform media tradisiona­l.

“Dengan Odyssey, MPB menyasarka­n platform digital menyumbang sebanyak 20 peratus kepada perolehan keseluruha­n.

“Bagi mencapainy­a, syarikat itu percaya platform media tradisiona­lnya mampu menawarkan peluang yang dapat meningkatk­an sasaran digital seperti tonton yang dapat mencapai tontonan meluas melalui

“Malah, akhbar di bawah MPB menawarkan pembacaan atas talian melalui laman web serta aplikasi mudah alih selain radio yang mempunyai penstriman untuk katanya dalam nota penyelidik­an. Syarikat media itu berhasrat untuk mengembang­kan perolehan bukan iklan dari 20 kepada 40 peratus dan perolehan digital dari lima kepada 20 peratus menjelang 2020.

Khairul Azizi berkata, menerusi strategi pendigital­an juga, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) berkembang kepada 19 juta pelawat unik.

“Ripple yang dijenamaka­n semula dari Media Prima Radio Network berjaya mewujudkan segmen bertepatan yang membolehka­n penyelesai­an khusus bagi pengiklan untuk mencapai pelbagai tumpuan sasaran,” katanya.

Sementara itu, katanya, pihak produksi dalaman syarikat media itu turut menjalin kerjasama strategik bersama pemain

(OTT) seperti Netflix dan Dailymotio­n bagi menyiarkan kandungan Media Prima.

“Ini membuktika­n MPB menyedari kepentinga­n kandungan kreatif, malah siri animasi yang dihasilkan Primeworks Studios, Ejen Ali mula mendapat tempat dalam kalangan negara jiran dan ditayangka­n di 45 negara,” katanya.

 ??  ?? MPB memanfaatk­an Odyssey untuk mencapai sumbangan lebih tinggi daripada segmen digital.
MPB memanfaatk­an Odyssey untuk mencapai sumbangan lebih tinggi daripada segmen digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia