Harian Metro

CBP sasar pertumbuha­n menerusi 5 produk baharu tahun ini

-

Kuala Lumpur: Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd yang kini dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) berada pada landasan tepat untuk memacu pertumbuha­n pendapatan­nya terutama dengan pengenalan lima produk baharu tahun ini.

Pengerusi CBP Kamari Zaman Juhari berkata, antara produk baharu yang akan diperkenal­kan adalah

kredit berputar, perkhidmat­an bank bergerak dan ejen perbankan.

“Dengan prestasi kewangan kukuh selain pengenalan produk baharu, kami yakin ia bakal mendorong peningkata­n jumlah anggota CBP kerana ia lebih menyeluruh dan mencapai ke kawasan sasaran,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif CBP Mohd Nor Abd Razak dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Meriam Mat Nor.

Mengulas lanjut, Kamari Zaman berkata, prestasi kukuh dicatatkan CBP tahun lalu yang menyaksika­n ia mencatatka­n keuntungan sebelum zakat sebanyak RM52.32 juta (belum diaudit) berbanding RM39.73 juta dicatatkan pada 2017, dijangka berterusan tahun ini.

“Keuntungan sebelum zakat CBP mencatatka­n peningkata­n besar sebanyak 32 peratus atau RM12.6 juta. Pendapatan tahunan kami terus meningkat dengan kadar purata selama tiga tahun lebih 45 peratus,” katanya.

Beliau berkata, CBP hampir mencapai sasaran jumlah modal syer anggota sebanyak RM1 bilion menjelang 2020.

Ketika ini, katanya, CBP merekodkan RM783.2 juta syer dengan jumlah syer rizab RM123.6 juta, syer individu RM366.8 juta dan syer badan koperasi RM292.8 juta.

Jumlah anggota CBP juga meningkat kepada 85,041 dengan 84,357 anggota individu dan 684 badan koperasi.

“Jumlah aset CBP berkembang pada purata 30 peratus kepada RM3.61 juta (belum diaudit) dan 72 peratus adalah pembiayaan manakala 28 lagi adalah penempatan deposit CBP dengan institusi kewangan lain,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Mohd Nor, Kamari Zaman, Nordin dan Meriam pada sidang media selepas lawatan ke Koperasi CBP di Menara RKT, semalam.
DARI kiri, Mohd Nor, Kamari Zaman, Nordin dan Meriam pada sidang media selepas lawatan ke Koperasi CBP di Menara RKT, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia