Harian Metro

Emas Anuar buka rangkaian kesembilan di Klang

-

Emas Anuar, pengusaha kedai emas Bumiputera terus meluaskan perniagaan­nya apabila membuka cawangan baharunya iaitu rangkaian kesembilan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Khurulanua­r Mhamad Noor berkata, cawangan baharu yang terletak di Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Klang itu diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung berikutan berada berhampira­n pusat borong terkemuka GM Klang.

Katanya, syarikat menyasarka­n untuk membuka 13 cawangan baharu sepanjang tahun ini terutama di Lembah Klang.

“Kami akan fokus kepada pasaran sekitar Lembah Klang berikutan mempunyai banyak permintaan.

“Selain itu, cawangan Emas Anuar juga telah berada di Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

“Pelaburan tinggi diperlukan untuk membuka satu cawangan kerana perlu melatih pekerja menjadi pekerja yang mahir berurusan dengan pelanggan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, antara faktor utama kedai emasnya dapat bertahan di pasaran disebabkan kualiti dan rekaan barang kemasnya menepati kehendak dan selera khususnya masyarakat Melayu.

AirAsia akan menaik taraf sistem tempahanny­a yang menggunaka­n sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediaka­n pengalaman tempahan dalam talian lebih baik kepada pelanggan.

Syarikat penerbanga­n itu dalam kenyataan berkata,

 ??  ?? KHURULANUA­R (empat dari kiri) pada pelancaran Emas Anuar di Klang.
KHURULANUA­R (empat dari kiri) pada pelancaran Emas Anuar di Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia