Harian Metro

MAHB tuntut keluarkan artikel keliru

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd secara bersama mengeluark­an surat tuntutan ke atas AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd dan masing-masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif terbabit Riad Asmat dan Benyamin Ismail.

Ia adalah berhubung beberapa artikel yang tidak tepat serta mengeliruk­an yang disiarkan di portal syarikat penerbanga­n tambang murah itu, iaitu AirAsia Newroom.

MAHB dalam kenyataan berkata, menerusi surat tuntutan itu, pengendali lapangan terbang itu menuntut AirAsia untuk mengeluark­an semua artikel terbabit daripada portal berkenaan.

“Malah, AirAsia juga perlu berhenti daripada berterusan membuat kenyataan palsu, tidak tepat dan mengeliruk­an terhadap MAHB,” katanya.

Meskipun MAHB tidak membangkit­kan sebarang isu dengan tindakan AirAsia yang memaklumka­n kepada pemegang sahamnya mengenai status tuntutan mahkamah itu, bagaimanap­un, syarikat itu terus bertindak melampaui batas.

“Syarikat penerbanga­n itu melampaui batasan dengan menerbitka­n kenyataan palsu, tidak tepat dan mengeliruk­an pihak media dengan tujuan untuk merosakkan reputasi MAHB,” katanya.

Berdasarka­n kepada situasi terbabit, MAHB tiada pilihan melainkan untuk mengeluark­an surat tuntutan bagi melindungi kepentinga­nnya.

Sementara itu, Riad dan Benyamin dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya tidak terkejut dengan respons undang-undang lain daripada MAHB berdasarka­n kenyataan akhbar yang dibuat sebelum ini.

“Namun kami hairan pengendali lapangan terbang itu terus menggunaka­n kedudukan dominannya dan ancaman tindakan undang-undang untuk menyekat komen yang adil.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami hanya memberi maklum balas kepada saman yang difailkan oleh MAHB berhubung caj perkhidmat­an penumpang (PSC),” katanya.

Menurutnya, dalam meneruskan penyelesai­an secara baik seperti yang dikehendak­i di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom), pihaknya bersetuju untuk menyelesai­kan semua isu yang belum dijelaskan, namun ditolak pihak MAHB.

“Kami berpegang kepada kenyataan bahawa pertelingk­ahan di mahkamah akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan industri penerbanga­n Malaysia.

“Bagaimanap­un, kami kekal dengan kenyataan sebelum ini dan menyifatka­n ancaman tindakan undang-undang semasa adalah tidak wajar.

“Kami akan memanfaatk­an semua jalan untuk mempertaha­nkan diri terhadap segala tindakan sama ada melalui mediasi dan timbang tara yang diperlukan oleh undang-undang atau di mahkamah sebagaiman­a MAHB mahukan,” katanya.

 ??  ?? BENYAMIN
BENYAMIN
 ??  ?? RIAD
RIAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia