Harian Metro

TaskRabbit buahkan hasil

-

Langkah peruncit perabot terbesar di dunia, IKEA membeli TaskRabbit pada September 2017 untuk terus kekal relevan di dalam industri dilihat semakin membuahkan hasil.

TaskRabbit adalah laman sesawang yang ditubuhkan pada 2008 dan menawarkan perkhidmat­an pekerja yang boleh membuat kerja rencam.

Pengambila­lihan syarikat berkenaan oleh IKEA adalah sebahagian daripada usaha menawarkan perkhidmat­an lengkap kepada jenama perabot berkenaan.

Dalam satu kenyataan mengenai aktiviti TaskRabbit sejak dibeli IKEA, pegawai kanannya memberitah­u Reuters, jumlah pekerjaan yang diselesaik­an oleh pekerja TaskRabbit telah melonjak dua kali ganda.

Daripada jumlah itu, 10 peratus adalah berkaitan kerja pemasangan perabot yang meningkat daripada dua peratus sebelum ini.

Ketua Eksekutif Ingka Group yang memiliki hampir semua cawangan IKEA, Jesper Brodin berkata, TaskRabbit kini berkembang ke segmen rekaan dalaman dan turut meninjau perkhidmta­n membaiki perabot.

 ??  ?? PEMASANGAN perabot TaskRabbit.
PEMASANGAN perabot TaskRabbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia