Harian Metro

Kini ada tempat lahir

- Agensi

 Belanda iktiraf Gaza, Tebing Barat sebagai tempat kelahiran penduduk Palestin

Kerajaan Belanda mengumumka­n ia mengiktira­f Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat yang dijajah Israel sebagai tempat kelahiran untuk penduduk Palestin yang dilahirkan di sana selepas penubuhan Israel.

Belanda belum mengiktira­f Palestin sebagai negara namun ia mengiktira­f wilayah Palestin sebagai tempat kelahiran mereka yang dilahirkan selepas 15 Mei 1948 apabila mandat Britain terhadap Palestin berakhir.

Menurut Al Jazeera, pengumuman itu dibuat Setiausaha Negara Belanda, Raymond Knops di The Hague.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri kelmarin, Knops berkata, Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat yang dijajah akan dimasukkan ke dalam senarai wilayah yang diiktiraf pendaftar awam Belanda. Menurut Knop, pengiktira­fan itu selaras dengan pandangan Belanda bahawa Israel tiada hak terhadap wilayah terbabit seperti Belanda enggan mengiktira­f Palestin sebagai negara.

Menurutnya, ia mematuhi terma dipersetuj­ui dalam Perjanjian Damai Oslo antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin pada 1990-an dan selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebelum ini, pilihan tempat lahir bagi penduduk Palestin di Belanda sama ada ‘Israel’ dan pilihan ‘tidak diketahui’ hanya dimasukkan pada 2014 selepas bantahan mereka yang enggan menerima ‘Israel’ sebagai tempat lahir.

Menurut agensi berita Belanda, Nos, keputusan itu dibuat selepas rakyat Belanda berasal dari Palestin mendakwa kerajaan di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menuntut dibenarkan mendaftark­an dirinya sebagai dilahirkan di Palestin, bukannya Israel.

Sekurang-kurangnya 136 negara dan PBB mengiktira­f Palestin sebagai negara berdaulat namun sebahagian besar negara Kesatuan Eropah enggan berbuat demikian.

 ??  ?? TENTERA Israel yang berkawal di Tebing Barat memerhati anggota sukarela Palestin mengiringi murid pulang dari sekolah di Hebron, kelmarin. - AFP
TENTERA Israel yang berkawal di Tebing Barat memerhati anggota sukarela Palestin mengiringi murid pulang dari sekolah di Hebron, kelmarin. - AFP
 ??  ?? GAMBAR yang dirakam pada Mac 2010 menunjukka­n Puteri Ubolratana melawat gerai Thailand ketika Ekspo Hiburan Hong Kong. - AFP
GAMBAR yang dirakam pada Mac 2010 menunjukka­n Puteri Ubolratana melawat gerai Thailand ketika Ekspo Hiburan Hong Kong. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia