Harian Metro

Salman Rushdie sudah letih bersembuny­i

-

Paris: Penulis kontrovers­i, Salman Rushdie yang kini berusia 71 tahun, tidak lagi mahu hidup bersembuny­i seperti dilakukann­ya sejak beberapa dekad lalu selepas Iran mengeluark­an fatwa pada 1989 mengarahka­n beliau dibunuh kerana menghina Islam.

Penulis buku ‘The Satanic Verses’ itu menjelaska­n, dia kini menjalani kehidupan normal di New York, Amerika Syarikat, sejak hampir dua dekad lalu.

“Saya tidak mahu lagi terus hidup bersembuny­i,” katanya ketika ditemui di festival buku di selatan Perancis.

Pada 1989, bekas pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini mengarahka­n Salman dibunuh berikutan kandungan buku ‘The Satanic Verses’ itu dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Sejak itu, Teheran memperbaha­rui fatwa itu setiap tahun menyebabka­n Salman yang dikatakan sebagai antara seorang penulis hebat India, terpaksa hidup menggunaka­n nama samaran selama 13 tahun dan sering diberi perlindung­an polis.

“Dulu umur saya 41 tahun, kini 71 tahun. Keadaan sekarang semakin baik.

“Kita hidup dalam dunia dengan fokus perbincang­an berubah pantas.

“Ini juga kisah lama. Kini banyak lagi perkara yang kita perlu takut dan orang lain yang perlu dibunuh,” katanya pada September lalu.

Beberapa bulan selepas kejadian 11 September 2001, iaitu tiga tahun selepas Teheran menghentik­an ancaman terhadapny­a, Salman tidak lagi menggunaka­n nama samaran.

‘The Satanic Verses’ adalah buku kelimanya dan dia kini menulis buku ke-18 bertajuk ‘The Golden House’ mengisahka­n lelaki dari Mumbai seperti dirinya yang cuba memulakan kehidupan di New York bagi melupakan kisah lama. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia