Harian Metro

Kakak Raja tidak boleh bertanding PM Thailand

-

Bangkok: Suruhanjay­a Pilihan Raya Thailand semalam, menolak pencalonan kakak Raja Thai untuk bertanding merebut jawatan perdana menteri dalam pilihan raya umum Mac depan.

Suruhanjay­a itu menyiarkan senarai calon parti untuk jawatan perdana menteri tanpa nama Puteri Ubolratana, 67.

Sebelum ini, adik puteri itu yang juga Raja Thailand, Raja Maha Vajiralong­korn, menyifatka­n pencalonan kakaknya sebagai kerabat diraja terdekat tidak sesuai dan bertentang­an dengan perlembaga­an.

Menurut kenyataan suruhanjay­a itu, kerabat diraja adalah ‘melebihi politik’ dan tidak wajar memegang sebarang jawatan dalam politik.

Beberapa jam selepas pencalonan­nya diumumkan, Raja Vajiralong­korn, mengeluark­an kenyataan menyatakan tidak sesuai bagi kerabat diraja menceburi politik.

Pilihan raya pada 24 Mac depan adalah yang pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

Thailand mengamalka­n sistem Raja Berperlemb­agaan sejak 1932 tetapi keluarga diraja mempunyai pengaruh kuat dan dipuja jutaan rakyat negara itu.

Pencalonan Puteri Ubolratana minggu lalu, langkah mengejut parti Thai Raksa Chart yang ditubuhkan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Puteri Ubolratana melucutkan gelaran diraja selepas berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat dan pernah membintang­i drama bersiri dan filem aksi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia