Harian Metro

Lilit ular soal siasat suspek

- Reuters

Polis Indonesia membuat permohonan maaf selepas kejadian pegawainya melilit ular pada leher suspek ketika disoal siasat di Papua, tular di media sosial.

Rakaman video yang tersebar itu menunjukka­n seorang lelaki disoal polis kerana dipercayai mencuri telefon bimbit dengan tangan diikat, menjerit ketakutan apabila polis memegang ular di hadapannya.

Suspek yang disoal polis mengenai perbuatann­ya itu kemudian membuat pengakuan kepada polis bahawa dia sudah dua kali mencuri telefon bimbit.

Dalam video itu juga, terdapat suara seseorang mengarahka­n suspek membuka mata dan dia turut diancam ular akan disumbat ke dalam mulut dan dimasukkan ke dalam seluarnya.

Ketua Polis Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya berkata, tindakan pegawai itu adalah tidak profesiona­l dalam melaksanak­an tugas.

Menurutnya, kejadian itu adalah tindakan sendiri yang diambil pegawai terbabit, bukannya prosedur polis, bagi menakutkan suspek menggunaka­n ular tidak berbisa dan jinak supaya suspek membuat pengakuan.

“Kami sudah mengambil tindakan tegas terhadap pegawai itu,” katanya yang menjelaska­n pegawai polis terbabit tidak melakukan sebarang serangan fizikal terhadap suspek.

Jurucakap polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal berkata, kes itu kini disiasat unit hal ehwal dalaman dan jika ada pelanggara­n undang-undang atau etika kerja, tindakan boleh dikenakan terhadap anggota terbabit.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia di Papua, Veronica Koman berkata, penggunaan ular adalah satu cara penderaan yang sering berlaku di wilayah berkenaan.

Peguam itu mendakwa, cara sama turut digunakan terhadap seorang anak guamnya yang disyaki anggota pemisah.

 Polis Indonesia mohon maaf selepas perbuatan pegawainya tular di media sosial

 ??  ?? RAKAMAN video yang tersebar menunjukka­n suspek menjerit ketakutan apabila polis melilit ular pada lehernya. - Agensi
RAKAMAN video yang tersebar menunjukka­n suspek menjerit ketakutan apabila polis melilit ular pada lehernya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia