Harian Metro

Wanita dipenjara paksa amah minum air pencuci lantai

-

Singapura: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun semalam, selepas didapati bersalah mendera pembantu rumah warga Myanmar, termasuk mencurahka­n air panas dan memaksa mangsa minum air bercampur pencuci lantai.

Bulan lalu, mahkamah memutuskan pengurus salon kecantikan, Linda Seah, 39, terhadap tuduhan mendera dan menyebabka­n kecederaan terhadap pembantu rumahnya, Phyu Phyu Mar pada 2016.

Dia menghadapi enam pertuduhan, termasuk dua kejadian berturut-turut memaksa mangsa mencurahka­n air panas pada bahu sendiri menyebabka­n wanita itu melecur.

Seah turut memaksa pembantu rumah itu minum air bercampur pencuci lantai.

Dalam satu kejadian, dia memegang rambut dan menggoncan­g kepala dengan kuat hingga ada rambut tercabut. Tertuduh juga didakwa mengetuk kepala mangsa dengan telefon bimbit berulang kali.

Mahkamah diberitahu, Seah bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pembantu rumah itu yang didakwanya lambat menyiapkan tugasnya.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Olivia Low berkata, rasa tidak puas hati Seah itu tidak wajar dibalas dengan keganasan terhadap mangsa.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan psikologi dan parut pada bahunya.

Selain hukuman penjara, wanita itu turut didenda S$9,000 (RM26,986).

Menurut hakim, beliau turut menimbangk­an beberapa faktor lain bagi menjatuhka­n hukuman itu, termasuk mangsa tidak diberi makan menyebabka­n pembantu rumah terbabit kurus dan kekurangan zat serta tidak dibayar gaji.

Suami tertuduh, Lim Toon Leng, 44, dipenjara enam minggu kerana menumbuk dahi mangsa.

Penderaan itu terdedah selepas mangsa mengikut Seah ke salon diuruskann­ya dan seorang pekerja kemudian menghubung­i polis.

Singapura mempunyai hampir 250,000 pekerja asing sebagai pembantu rumah dan kes mereka menjadi mangsa penderaan majikan sering berlaku.

Pada 2017, satu pasangan dipenjara kerana membiarkan pembantu rumah dari

Filipina kelaparan sehingga berat badan mangsa hanya 29 kilogram ketika ditemui.

- AFP

 ??  ?? SEAH dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun manakala suaminya, Lim dipenjara enam minggu. - Ihsan Straits Times
SEAH dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun manakala suaminya, Lim dipenjara enam minggu. - Ihsan Straits Times

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia