Harian Metro

Malam Keramaian Dinda

-

Sentiasa menghargai sokongan peminat terhadap muzik yang mereka perjuangka­n, persembaha­n showcase Kugiran Masdo pada Sabtu lalu di Bentley Music Hall, Damansara, benar-benar menghiburk­an.

Lebih 1,000 penonton hadir dengan menggayaka­n baju era 60-an, suasana menjadi hangat apabila Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah, Putuceri, Asmawi dan Azham Ahmad muncul di pentas kira-kira jam 9 malam.

Showcase bertemakan Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo itu diadakan sempena pelancaran single baru band itu berjudul Dinda.

Single Dinda yang kini hit di semua saluran radio dan media sosial akan dimuatkan dalam album kedua mereka tidak lama lagi.

Menariknya, secara eksklusif video muzik Dinda ditayangka­n buat julung kalinya kepada peminat dalam acara itu.

“Video muzik ini kami lancarkan malam ini (Sabtu) dan akan disiarkan di semua saluran TV dan media sosial dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia