Harian Metro

NANA LEBIH SELESA DENGAN KRITIKAN

-

Pengalaman jatuh bangun dalam dunia seni menjadikan penyanyi Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana lebih matang.

Malah, enggan terus ‘terlena’ dengan pujian yang kini bertali arus diterima, Nana sentiasa terbuka dengan apa saja kritikan.

Ujar penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini, daripada asyik dipuji dia sebenarnya lebih selesa dengan kritikan.

Ditanya mengenai isu ‘suara kemek’ yang dikaitkan dengan segelintir finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 baru-baru ini, Nana berkata dia tidak terasa hati langsung.

“Bagi saya, pandangan setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan luahan kritikan, bagi saya itu hanya sekadar teguran.

“Terus terang, saya tiada masalah langsung jika dikritik kerana lebih suka melihat kata-kata itu secara positif.

“Saya tidak terasa hati langsung, apatah lagi nak sentap dengan kritikan itu. Bagi saya, apabila asyik dipuji, sesekali perlu ditegur juga,” katanya.

Menurut Nana yang juga aktif sebagai pelakon, dia sudah lali dengan kritikan yang menjadi pembakar semangat untuk jadi lebih baik.

“Memang tak dinafikan, setiap kritikan dan teguran itu agak kasar dan pedas tetapi percayalah tetap ada kebaikanny­a.

“Jadi, terima dengan hati terbuka dan cuba perbaiki setiap kelemahan diri,” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama single duet bersama penyanyi Khai Bahar, ibu tunggal seorang anak ini enggan mengulas lanjut.

“Ikut perancanga­n, insya-Allah akan ada single itu. Namun, belum masanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia