Harian Metro

Kolaborasi strategi Ryan Deedat

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Setiap artis mempunyai strategi dalam memantapka­n nama, karya dan kembara seni mereka.

Bagi penyanyi Ryan Deedat, dia juga ada cara bagi memastikan karya dendangann­ya dikenali dan mendapat tempat di hati peminat.

Strategi yang dilakukann­ya adalah berkolabor­asi dengan artis dalam dan luar negara.

"Sebelum ini, saya pernah berkolabor­asi dengan penyanyi Sandra menerusi lagu Salimah. Ia menjadi sebutan dan ramai memberikan reaksi positif terhadap lagu dan gandingan kami," katanya.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, kerjasama itu menjadi titik tolak untuk dirinya terus menggunaka­n strategi itu.

Selepas disenaraik­an dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik pada acara anugerah

Era Digital Music Awards 2018, bakatnya mula diintai pemuzik luar negara.

"Selepas tersenarai sebagai Top 5 dalam anugerah itu, saya mendapat tawaran untuk berkolabor­asi dengan band dari Amerika Syarikat, Beat the System.

"Menariknya, seorang anggota band itu berasal dari Malaysia dan mereka tertarik untuk menghasilk­an lagu Melayu," katanya.

Selain itu, Ryan juga bakal bekerjasam­a dengan penerbit dan komposer Indonesia, Eka Gustiwana.

"Di Indonesia, budaya muzik Electronic Dance Music atau EDM sedang berkembang. Bagi menghasilk­an kelainan, dia akan menyuntik elemen muzik Jawa ke dalam lagu itu nanti," katanya.

Terbaru, Ryan rancak mempromosi­kan single solo berjudul Propa ciptaan komposer Adam Armin.

"Propa adalah sambungan kepada lagu Salimah. Selepas kematian Salimah, dia menghantui karakter Ryan dalam lagu itu dengan menutup cerita kematianny­a.

"Dalam kata lain, Ryan tidak tahu Salimah sudah meninggal dunia. Memang agak misteri kerana dalam video muzik itu saya akan melakukan tarian seperti dirasuk," katanya.

Mula dilancarka­n pada 24 Januari lalu, Ryan bersyukur Propa sudah mula diterima pendengar dan mendapat pujian pengikut setianya.

Malah dia tidak sabar mahu melancarka­n video muzik lagu itu yang penuh kelainan dan kejutan dalam masa terdekat.

Bakal berkerjasa­ma dengan band dari Amerika Syarikat selepas

gandingan dengan Sandra

menjadi

 ??  ?? Menariknya, seorang anggota band itu berasal dari Malaysia dan mereka tertarik untuk menghasilk­an lagu Melayu,
Menariknya, seorang anggota band itu berasal dari Malaysia dan mereka tertarik untuk menghasilk­an lagu Melayu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia