Harian Metro

Rezeki lagu Kata Hatiku

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Drama Lelaki Kiriman Tuhan lonjak kerjaya Rendy apabila single pertamanya itu jadi lagu tema

Bakat nyanyianny­a mula digilap selepas bergelar finalis pertanding­an Bintang RTM pada 2004. Namun, entah di mana silapnya

Rendy Faliq, 34, tidak menyerlah selepas lapan tahun berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian.

Namun, penantian penyanyi kelahiran Limbang, Sarawak ini berakhir selepas single pertamanya Kata Hatiku mencuri perhatian peminat selepas dijadikan lagu tema drama bersiri popular Lelaki Kiriman Tuhan untuk saluran Astro pada Oktober tahun lalu.

Selain Kata Hatiku, dua lagi lagu turut mewarnai drama bersiri itu iaitu Kisahku Inginkan dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jika Aku Untukmu nyanyian Intan Sarafina.

Menurut pemilik nama sebenar Andy Baru Francis itu, dia bersyukur kesabaran dan kerja keras selama ini membuahkan hasil.

“Semuanya bermula apabila penerbit drama

Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh memberitah­u dia berminat menjadikan Kata Hatiku sebagai lagu tema drama bersiri popular Lelaki Kiriman Tuhan. Drama bersiri arahan Rashid Sibir itu menampilka­n gandingan mantap Remy Ishak dan Mira Filzah.

“Alhamdulil­lah, semuanya bagai mimpi apabila Kata Hatiku mendapat sambutan memberangs­angkan peminat,” katanya.

Rendy berkata, lagu

Kata Hatiku adalah hasil ciptaannya sendiri manakala liriknya oleh D’niel Rayes. Ia juga mendapat sentuhan komposer Sharon Paul dan diterbitka­n Hotsound Record.

“Saya ada mengikuti kelas vokal sebelum merakamkan lagu ini. Pada masa sama, saya turut menampilka­n guru vokal Syamimi Mokhtar sebagai penyanyi latar sekali gus menguatkan lagi lagu ini,” katanya.

Bergelar finalis Bintang RTM 2004 ternyata bukan laluan mudah untuk Rendy mendapat tempat dalam bidang nyanyian.

Siapa sangka jejaka ini melalui pelbagai pahit getir dan pernah berputus asa untuk meneruskan karier nyanyian.

“Selepas diberhenti­kan kerja sebagai penjawat awam, saya meneruskan karier nyanyian secara sepenuh masa.

“Sepanjang tempoh lapan tahun, pelbagai ujian dilalui untuk menyara hidup kerana kerjaya ini ada pasang surutnya.

“Antara peristiwa pahit yang sukar dilupakan, saya pernah dihalau keluar dari rumah sewa dan hidup merempat di kaki lima

Jalan Bukit Bintang kerana masalah kewangan ketika itu,” katanya.

Malah, kata Rendy, dia pernah patah hati dan melupakan seketika hasratnya untuk menjadi penyanyi apabila pelbagai usaha untuk mendapat tempat dalam bidang nyanyian tidak berjaya.

“Sebenarnya, saya pernah menghasilk­an beberapa lagu tetapi tidak yakin kualiti lagu itu mampu tarik perhatian pendengar.

“Berkat doa dan semangat daripada keluarga dan peminat, akhirnya lagu Kata Hatiku berjaya menaikkan nama saya. Ia jadi permulaan yang baik dan saya sangat bersyukur,” katanya

 ??  ?? Alhamdulil­lah, semuanya bagai mimpi apabila Kata Hatiku mendapat sambutan memberangs­angkan peminat
Alhamdulil­lah, semuanya bagai mimpi apabila Kata Hatiku mendapat sambutan memberangs­angkan peminat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia