Harian Metro

SALAM PERKENALAN

Fisc ketengahka­n single Koma Noktah Baris untuk pasaran Malaysia

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Single Koma Noktah Baris sudah saya lancarkan di Indonesia tahun lalu dan berjaya menembusi carta popular radio selama beberapa bulan

Fisc

Biarpun memiliki karier stabil sebagai cef makanan Barat di sebuah restoran di Putrajaya, bintang baru kelahiran Indonesia, Fisc An tetap ingin menceburi bidang nyanyian.

Apatah lagi, bakatnya dicungkil komposer berpengala­man tanah air, Rosli Ahmad menerusi pertanding­an Radical Star Search

(RSS) pada 2016.

Bahkan, Fisc An atau nama sebenar Chairul Anwar Panjaitan, 33, turut mendapat kepercayaa­n daripada Rosli untuk menyanyika­n single ciptaannya berjudul Koma Noktah Baris.

Berbicara mengenai single itu, Fisc An berkata dia sangat berbesar hati apabila Rosli sudi memberikan lagu berkenaan kepadanya.

“Terus terang, saya sudah selesa menetap di Malaysia dan atas sebab itu nekad mencuba nasib menceburi dunia seni.

“Ini kerana selain memasak saya memang minat menyanyi. Atas sebab itu, saya beranikan diri menyertai pertanding­an RSS tiga tahun lalu,” katanya.

Mampu menyanyika­n pelbagai genre lagu, Fisc An berkata sebagai salam perkenalan, dia memilih balada.

“Bagaimanap­un, single Koma

Noktah Baris sudah saya lancarkan di Indonesia tahun lalu dan berjaya menembusi carta popular radio selama beberapa bulan.

“Cuma, untuk tahun ini saya berasakan sampai masanya untuk single Koma Noktah Baris diketengah­kan pula dalam pasaran Malaysia.

“Harap single ini mesra radio dan mendapat maklum balas positif daripada pendengar.

“Saya tidak mengejar populariti untuk menjadi penyanyi terkenal tetapi cukuplah sekadar karya lagu nyanyian diterima baik pendengar,”katanya.

Sudah 12 tahun menetap di negara ini, Fisc An memberitah­u dia tidak ketinggala­n mengikuti perkembang­an industri hiburan tanah air.

“Saya mengikuti ‘trend’ muzik yang menjadi pilihan pendengar di Malaysia termasuk barisan penyanyi popular.

“Saya cekalkan hati masuk bidang ini bukan mahu bersaing tetapi sekadar mewarnai industri hiburan saja,” katanya.

Selain rancak mempromosi­kan Koma Noktah Baris, Fisc An berkata dia bercadang muncul dengan single kedua.

Jika tiada aral dia akan melancarka­n single berjudul Tiada ciptaan komposer Rahim Othman dan lirik ditulis Pojie Roketo tidak lama lagi.

Berbicara mengenai single itu,

Fisc An mengakui teruja dapat menyanyika­n karya ciptaan komposer terkenal Malaysia.

“Siapa yang tidak kenal dengan Rahim dan karya seni beliau sangat hebat. Saya bersyukur dapat menyanyika­n salah satu lagu ciptaannya,” katanya.

 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ??
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia