Harian Metro

Perit jadi ahli ‘keluarga’ Yakuza

Shoko pernah jadi penagih dadah dan bekalan disediakan anggota Yakuza

-

Tubuh Shoko Tendo masih berparut kesan diseksa dan dirogol kejam rakan Yakuza, kumpulan kongsi gelap Jepun yang dianggotai bapanya sendiri ketika dia masih remaja.

Malah tanpa belas kasihan, ayahnya, Hiroyasu Tendu tergamak menjualnya dalam industri seks selama lima tahun sebelum wanita cekal itu berjaya melarikan diri.

Anggota Yakuza dipercayai mencecah 35,000 orang, malah dibandingk­an dengan kumpulan mafia di Itali, ia jauh lebih kejam.

Kumpulan mafia di Amerika Syarikat cuma mempunyai 5,000 ahli ketika kemuncakny­a tetapi geng Yakuza terbesar di Kobe saja baru-baru ini direkodkan dianggotai 23,000 orang.

Yakuza amat digeruni dan terkenal melaksanak­an pembunuhan beramairam­ai, menyeludup organ secara haram malah untuk menganggot­ainya satu ketika dulu memerlukan ahli baru mengerat sendiri jari kelengkeng, amalan yang kini dihapuskan kerana ia memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mereka.

Amalan memotong jari kelengkeng ini digelar ‘yubitsume’ dilakukan sejak zaman samurai.

Jari kelengkeng diperlukan untuk menggengga­m pedang dengan kemas, tanpanya seseorang samurai lebih lemah dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan ketuanya.

Dalam buku mengenai pengalaman pahitnya, Shoko berkata, wanita langsung tiada taraf dalam Yakuza menyebabka­n isteri dan anak perempuan ahlinya turut dilacurkan termasuk untuk membayar hutang.

Dia yang kini berusia 50-an mengaku pernah menjadi penagih dadah malah anggota Yakuza sendiri menyediaka­n bekalannya.

“Saya terpaksa melakukan pembedahan plastik beberapa kali akibat kecederaan dialami. Namun luka terhadap pada emosi saya masih kekal berparut,” katanya.

Rangkaian perdaganga­n seks Yakuza bukan hanya di Jepun malah termasuk Korea, Thailand dan Filipina.

Walaupun ganas, imej digambarka­n Yakuza secara keseluruha­n amat bertentang­an malah pada 2011 dipuji kerana banyak menyumbang untuk bantuan diberikan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami.

Antara sumber utama Yakuza datang daripada pemerdagan­gan organ terutama ginjal dan hati manusia.

Contohnya, pada 2011, seorang doktor, Toshinobu Horiuchi ditahan kerana bersubahat dengan Yakuza untuk memalsukan pengambila­n anak angkat demi mendapatka­n organ.

Yakuza juga diketahui pergi ke Taiwan atau Singapura untuk memperoleh organ banduan yang dihukum mati.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Yazuka menunjukka­n tatu masing-masing pada hari kedua Festival Sanja Matsuri di daerah Asakusa, Tokyo pada 2016. SEORANG bekas anggota Yakuza berusia 53 tahun menunjukka­n jari palsu diperbuat daripada silikon.
ANGGOTA Yazuka menunjukka­n tatu masing-masing pada hari kedua Festival Sanja Matsuri di daerah Asakusa, Tokyo pada 2016. SEORANG bekas anggota Yakuza berusia 53 tahun menunjukka­n jari palsu diperbuat daripada silikon.
 ??  ?? BADAN Shoko yang penuh dengan tatu.
BADAN Shoko yang penuh dengan tatu.
 ??  ?? MAJLIS ritual yang dilakukan bagi menerima kemasukan anggota baru Yakuza.
MAJLIS ritual yang dilakukan bagi menerima kemasukan anggota baru Yakuza.
 ??  ?? KETUA Yakuza, Shigeharu Shirai, 74, ditahan polis Thailand tahun lalu selepas melarikan diri selama 15 tahun selepas gambar tatunya menjadi tular di Facebook.
KETUA Yakuza, Shigeharu Shirai, 74, ditahan polis Thailand tahun lalu selepas melarikan diri selama 15 tahun selepas gambar tatunya menjadi tular di Facebook.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia