Harian Metro

Ikon terbaharu UAE

-

Sebuah lagi menara pencakar langit bakal menghiasi ruang udara Dubai apabila ia diumumkan akan dibina tidak lama dengan fasa pertama dijangka siap pada 2023.

CNN melaporkan, menara yang dikenali sebagai Burj Jumeira itu akan dibina dengan ketinggian

550 meter, sekali gus menjadikan­nya sebagai menara yang lebih tinggi berbanding One World Trade Center di New York, Amerika Syarikat (546 meter).

Beberapa lakaran sudah dikeluarka­n oleh firma pelaburan milik kerajaan, Dubai Holding dan ia akan dibina di Al Sufouh, Dubai yang berhampira­n Burj Al Arab.

Burj Jumeira akan menjadi titik tumpuan di tengah-tengah projek

Burj Jumeira dengan ketinggian 550 meter berinspira­sikan padang pasir dan aura oasis

pembinaan campuran dikenali sebagai Downtown Jumeira yang terdiri daripada kawasan perumahan dan bangunan komersil.

Firma itu berkata, pihaknya tidak akan menunggu sehingga tamat Ekspo Dunia

2020 untuk memulakan pembinaan sebaliknya ia akan dimulakan segera.

Pengerusin­ya, Abdulla Ahmed Al Habbai berkata, pembinaan

Burj Jumeira dan Downtown Jumeira akan meningkatk­an tarikan pelanconga­n dengan mewujudkan sebuah lagi ikon di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi lakaran itu juga, ciri paling unik mungkin terdapat pada lantai di tingkat bawah menara berkenaan apabila ia direka berdasarka­n rupa cap jari pemerintah Dubai,

 ??  ?? MENARA Burj Jumeira yang mempunyai ciri unik dengan rupa cap jari pemerintah­nya, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.
MENARA Burj Jumeira yang mempunyai ciri unik dengan rupa cap jari pemerintah­nya, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.
 ??  ?? BURJ Jumeira akan dilengkapi dek tinjau dengan pemandanga­n 360 darjah.
BURJ Jumeira akan dilengkapi dek tinjau dengan pemandanga­n 360 darjah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia