Harian Metro

Keselamata­n jadi keutamaan

- BIJAK BAHAGI MASA

Kenangan terindah Siti Mariam ketika sertai Himalaya Epic Nepal Ride 2017

Menurut Siti Mariam yang menyertai kelab permotoran CIGAROS MC dan MOMXYS MG, dia juga sangat teruja dengan pencapaian diri sendiri apabila berjaya menunggang motosikal di Banjaran Annapurna, Nepal iaitu dari Kathmandu hingga ke Mukthinat.

“Itu antara kenangan paling bermakna dalam hidup saya apabila dapat menyertai program amal Himalaya Epic Nepal Ride 2017 kerana di samping menunggang motosikal, kami juga membantu kanakkanak dan keluarga Islam yang hidup dalam serba kekurangan di sana. Bukan mudah kerana laluannya berliku dan memerlukan fokus serta kecekapan mengendali­kan motosikal namun saya gembira kerana dapat melakukann­ya.

“Pada masa sama, saya sangat bersyukur kerana diberikan kesihatan, dapat menikmati keindahan alam dengan menjelajah ke seluruh Malaysia dan beberapa daerah di Thailand termasuk Phuket, Koh Samui, Pak Bara serta Songkhla,” katanya.

Ditanya mengenai perasaan takut ketika mengendali motosikal berkuasa tinggi, Siti Mariam berkata, semua itu memerlukan latihan selain berdoa kepada Yang Maha Esa supaya diberikan kekuatan mental juga fizikal.

“Bagi saya tidak kira apa juga jenis kenderaan yang dipandu atau ditunggang, semuanya perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana kerana risikonya tetap ada.

“Kebiasaann­ya saya dan suami akan memeriksa keadaan motosikal yang ingin ditunggang terlebih dulu sebelum memulakan konvoi, tidak kiralah destinasi yang ingin dituju itu dekat atau jauh yang pastinya langkah keselamata­n perlu diberikan keutamaan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kerjaya, ternyata Siti Mariam bukanlah wanita biasa. Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Teguh Mercu Resources Sdn Bhd memerlukan dia bijak mengendali­kan kerjayanya terutama membabitka­n soal masa dan tanggungja­wab.

“Saya mengendali­kan syarikat penyelengg­araan bangunan dan konkrit yang memerlukan komitmen penuh untuk diberikan dan disebabkan itu, aktiviti berkonvoi hanya pada hujung minggu atau cuti umum.

“Ketika bekerja tumpuan mesti diberikan sepenuhnya terhadap tugas. Saya perlu pastikan syarikat berjalan lancar di samping menjaga kebajikan kakitangan kerana saya yakin komitmen dan kegembiraa­n yang dirasai pekerja amat penting dalam sesebuah syarikat,” katanya.

Katanya, selain minat dan kerjaya, dia juga seorang isteri serta ibu.

“Di sebalik kesibukan harian, saya akan pastikan tetap mempunyai masa untuk suami dan anak kerana mereka adalah segalagala­nya kepada saya.

“Walaupun sibuk dan mempunyai masa yang agak terhad, ia tidak boleh dijadikan alasan atau halangan. Saya mahu buktikan wanita juga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki apatah lagi pada era menghampir­i 2020 ini,” katanya.

Siti Mariam yang kini menetap di Denai Alam, Shah Alam berkata, dia juga berusaha mengajak wanita melakukan apa saja aktiviti digemari kerana ia antara terapi diri paling berkesan.

“Saya suka menunggang motosikal berkuasa tinggi kerana ia antara cara untuk saya melupakan masalah dan menghilang­kan tekanan.

“Wanita pada era kini layak dikagumi, mana tidaknya di samping bekerja kita juga menguruska­n soal rumah tangga dan disebabkan itu setiap wanita perlu lebih menghargai diri sendiri,” ujarnya.

 ??  ?? MEMINATI aktiviti lasak dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi. MENUNGGANG motosikal di Banjaran Annapurna, Nepal. AKTIF menyertai aktiviti konvoi menunggang motosikal pada hujung minggu atau cuti umum. SITI Mariam bersama suami, Riyzman Md Dali yang banyak beri dorongan.
BERSAMA rakan yang berkongsi minat yang sama.
MEMINATI aktiviti lasak dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi. MENUNGGANG motosikal di Banjaran Annapurna, Nepal. AKTIF menyertai aktiviti konvoi menunggang motosikal pada hujung minggu atau cuti umum. SITI Mariam bersama suami, Riyzman Md Dali yang banyak beri dorongan. BERSAMA rakan yang berkongsi minat yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia