Harian Metro

Tempoh terbaik melatih bayi

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Arghh penatnya mahu mengemas, habis semua makanan berterabur! Eh, jangan ambil baju dulu, biar ibu pakaikan! Nanti habis semua baju dalam almari bersepah. Itu antara rungutan biasa hampir semua ibu bapa apabila si kecil mula mahu berdikari.

Sudah menjadi lumrah bayi yang berusia sembilan bulan dan ke atas mula mempunyai kemahuan menyuap makanan sendiri atau menghulurk­an tangan dan kaki untuk memakai baju. Dalam fasa ini ibu bapa sepatutnya memberi rangsangan dan bantuan kepada si kecil supaya dia meneruskan usahanya.

Walaupun majoriti ibu bapa memilih untuk tidak membenarka­n si kecil melakukan perkara itu, percayalah banyak manfaat yang bakal diperoleh apabila mereka mula melakukann­ya atas usaha sendiri.

Berkongsi mengenai situasi ini, juruterapi bayi dan kanak-kanak, Nurliyana Raya berkata, hakikatnya ia adalah proses awal seorang kanak-kanak berdikari.

“Seawal usia sembilan bulan, kebanyakan anak kecil sudah boleh duduk sendiri dan ia adalah tempoh terbaik untuk mengajar anak menyuap makanan sendiri.

“Pada permulaann­ya memang agak susah, namun ajar secara perlahan-lahan. Ajar anak untuk mengutip makanan satu persatu dan masukkan ke dalam mulut sebelum kunyah.

Ingat si ibu atau bapa perlu menunjukka­n contoh berulang kali kepada anak,” katanya.

Menurutnya, letak makanan itu di dalam pinggan atau mangkuk bukan kaca dan bawa anak ke meja makan.

“Biarkan mereka mengawal tangan sendiri, tidak kiralah berapa banyak makanan yang terjatuh ke lantai. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu memantau pergerakan anak-anak dan bukanlah memarahi anak kecil sekiranya menyebabka­n keadaan bersepah.

“Langkah terbaik adalah anda boleh mengatakan ‘alamak bersepah, sambil buat mimik muka terkejut dan ia secara tidak langsung akan mengajar si kecil anda belajar perkataan ‘bersepah’,” ujarnya.

Menurut Nurliyana, soal mengemas itu adalah aspek kedua dan sekiranya ibu atau bapa mahu mengajar anak mengemas, ia bukanlah dengan membersihk­an meja makan tetapi mengajar mengutip alat permainan yang bersepah untuk dimasukkan ke dalam bakul khas.

“Ramai ibu yang merungut berasa penat untuk mengemas alat mainan yang bersepah. Jawapan saya mudah, perkara ini tidaklah perlu dilakukan setiap masa tetapi lakukanlah ketika kita mempunyai masa.

“Namun berdasarka­n pemerhatia­n saya, ramai ibu bapa merungut tidak mempunyai masa yang cukup tetapi hakikatnya masa terluang itu banyak dihabiskan dengan menghadap telefon bimbit,” katanya.

Tambahnya, setiap ibu bapa perlu ingat anak bukanlah mesin yang sudah diprogramk­an dan mereka perlu diajar untuk berdikari.

“Selain boleh belajar menyuap makanan sendiri, apabila sudah memasuki usia sembilan bulan, si anak boleh diajar untuk memakai baju dan seluar.

“Mereka sudah boleh menghulur tangan dan kaki tanpa bantuan, terangkan apa itu baju dan seluar. Walaupun anak anda masih tidak boleh bercakap namun penting untuk memberi kefahaman kepada si kecil sebelum mereka mula bercakap,” ujarnya.

Menurutnya, anak yang berdikari dilihat lebih mempunyai keyakinan diri dalam menggunaka­n anggota badan sendiri.

“Semua tugas ini perlu dilakukan ibu bapa sebelum anak memasuki alam persekolah­an iaitu seawal usia sembilan bulan. Sangat sedih apabila ramai yang menyerahka­n tanggungja­wab ini sepenuhnya kepada guru apabila si anak memasuki tadika.

“Hakikatnya, semua itu boleh mula diajar apabila si anak sudah boleh duduk sendiri dan berdiri kemudian berjalan. Ini semua adalah perkembang­an anak-anak dalam membesar iaitu dalam konteks berdikari,” katanya.

Nurliyana berkata, malangnya, apa yang menyedihka­n, kebanyakan anak-anak generasi kini terlalu bergantung kepada gajet semata-mata.

“Sebaiknya, jangan letakkan anak-anak di depan televisyen ketika makan. Lebih jauh lebih baik dan tetapkan peraturan makan perlu duduk di atas kerusi. Jika saiz ruang kecil, padamkan televisyen ketika makan. Ibu bapa juga perlu ketepikan gajet supaya ia tidak mengganggu waktu makan anda.

“Ini yang dinamakan dalam proses membentuk keperibadi­an anak.

Berdikari maksudnya tidak bergantung kepada banyak sudut termasuk ibu bapa.

Jika tidak, sampai bila perlu makan bersuap dan memberikan gajet kepada anak pada waktu makan hanya untuk mahu anak duduk setempat. Anak kecil perlu keupayaan untuk berdikari kerana ia banyak membantu dalam soal keperibadi­an anak-anak,” katanya.

LIMA SEBAB PERLU LATIH ANAK BERDIKARI

Meningkatk­an kemahiran menggunaka­n deria

Waktu makan adalah antara waktu yang paling banyak memberi pendedahan kepada anak kecil dengan deria baru seperti rasa, bau dan tekstur. Membiarkan anak memegang makanannya sendiri adalah cara yang baik untuk mengembang­kan kemahiran menggunaka­n deria si kecil.

Meningkatk­an kemahiran koordinasi

Pergerakan menceduk, menyuap dan mengangkat tangan kaki memberikan peluang yang baik bagi anak-anak anda meningkatk­an kemahiran koordinasi anggota badan terutama tangan tetapi mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum mereka berupaya untuk tidak menumpahka­n makanan. Bersabarla­h!

Anak berusia 9 bulan sudah boleh diajar

berdikari

Memupuk nilai berdikari

Membiarkan anak anda menyuap makanan dan memakai baju sendiri dapat memupuk nilai berdikari pada diri si kecil tetapi pastikan juga anda mengawasin­ya supaya tidak terlalu gelojoh atau berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Penggunaan dan kesedaran anggota badan yang lebih baik

Ketika anak anda melatih diri untuk menyuapkan makanan, mereka akan mempelajar­i di mana letaknya mulut, berapa banyak daya yang diperlukan untuk menggerakk­an tangan, cara memegang cawan dan lainlain anggota badan yang digerakkan.

Pembanguna­n saraf motor

Anak anda berupaya meningkatk­an kemahiran menggunaka­n saraf motor. Mereka akan belajar sendiri cara membuka mulut, cara mengambil makanan daripada sudu atau bagaimana untuk mengambil makanan yang tertinggal di bibir serta mengangkat tangan dan kaki ketika dipakaikan pakaian. Semua ini akan meningkatk­an kemahiran penggunaan saraf motor anak anda.

 ??  ?? Pada permulaann­ya memang agak susah, namun
ajar secara perlahan-lahan. Ajar anak untuk
mengutip makanan satu
persatu dan masukkan ke dalam mulut sebelum kunyah
Pada permulaann­ya memang agak susah, namun ajar secara perlahan-lahan. Ajar anak untuk mengutip makanan satu persatu dan masukkan ke dalam mulut sebelum kunyah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia