Harian Metro

Kain perca suntik kelainan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Rekaan ambil inspirasi ‘taman impian’ jadi koleksi memukau untuk remaja

Mengambil inspirasi ‘taman impian’ yang mempunyai elemen dekoratif menggunaka­n pelbagai rona menjadikan koleksi khusus untuk remaja ini sesuatu yang memukau.

Menggunaka­n material antaranya sutera dan net lembut untuk menghias busana berjaya menghasilk­an koleksi segar yang berbeza.

Menurut pengasas

Twoo Official Mohamad Fareez Abdullah yang berganding­an bersama rakan karibnya, pihaknya menggunaka­n kain perca dengan rona ceria sebagai satu kelainan yang diketengah­kan.

“Walaupun nampak unik dan berbeza, koleksi ini dijual dengan harga berpatutan bagi tidak membebanka­n pelanggan terutama pencinta fesyen.

“Kami juga menyasarka­n remaja yang inginkan kelainan dalam berpakaian dan koleksi ini sesuai untuk digayakan ke majlis seperti pementasan hasil karya seni dan karpet merah,” katanya.

Menurutnya, warna yang digunakan sesuai dengan trend terkini antaranya rona berani yang diselitkan rona pastel.

“Sebagai contoh, rona pastel dipadankan dengan dekorasi bunga daripada bahan terbuang yang dipadankan dengan skirt bercetak bermotifka­n serangga menyerlahk­an lagi nilai eksentrik dalam pemakaian.

“Konsep eksentrik menjadi elemen utama dalam koleksi ini bagi memberi kelainan dalam berpakaian dan pada masa sama koleksi ini juga boleh dipakai dengan konsep suai padan,” ujarnya.

Katanya, pihaknya berharap idea yang mencetuska­n kelainan menggunaka­n kain perca itu dapat diterima umum terutama pencinta fesyen yang sentiasa mahukan koleksi unik.

“Koleksi ini boleh mula didapati bermula bulan ini selain kami juga menerima tempahan menghasilk­an pelbagai jenis busana mengikut kehendak pelanggan.

“Kami sentiasa bawakan kelainan dan ia antara kelebihan jenama kami dalam dunia fesyen tempatan,” katanya.

 ??  ?? KOLEKSI remaja terkini.
KOLEKSI remaja terkini.
 ??  ?? CANTIK dan manis dipandang.
CANTIK dan manis dipandang.
 ??  ?? TAWAR koleksi berbeza.
TAWAR koleksi berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia