Harian Metro

ARENA SIKIT LAGI

- AFP

Phil Mickelson hampir menjulang gelaran kelima Kejohanan Pebble Beach Pro-Am sebelum masalah cuaca memaksa acara Jelajah PGA AS itu ditangguhk­an ke hari ini.

Mickelson akan kembali menyambung aksi di dua lubang terakhir dengan kelebihan tiga pukulan berbanding Paul Casey

(gambar).

Mickelson dan Casey masing-masing membuat keputusan berlawanan ketika marshal merujuk kepada mereka sama ada mahu meneruskan permainan atau tidak.

Sebelum itu, Mickelson melakar par di lubang 16 dan berkata, dia sedia meneruskan aksi tetapi Casey memilih untuk menangguhk­annya.

“Pandangan saya tidak terhalang,” kata Mickelson kepada pegawai perlawanan selepas melakukan putt di lubang 16. Tetapi, dia juga faham mengapa Casey memilih untuk menangguhk­an aksi.

“Saya faham mengapa Paul membuat keputusan sebegitu,” kata Mickelson. “Hari sudah semakin gelap dan esoknya, kami akan bermula dengan lebih cergas. Permukaan green juga sudah agak kasar hari ini dan esok pasti lebih baik.

“Bagaimanap­un, cuaca ini tidak menghalang pandangan saya. Saya masih boleh melihat bola. Saya bermain baik dan itulah sebabnya mengapa saya mahu meneruskan­nya. Itu saja.”

Casey pula berkata, dia tidak melihat ada sebab lebih baik mengapa mereka perlu meneruskan permainan kerana tidak mungkin ia dapat diteruskan hingga lubang 18.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya, tidak mungkin kami akan dapat melengkap 18 lubang,” katanya. “Cuaca membataska­n pemandanga­n.”

Kedua-duanya bermain dalam kumpulan terakhir dan mereka sudah pun menangguhk­an aksi sebelum itu. Pada awal permainan, aksi tertangguh selama sejam akibat hujan sebelum ribut memaksa mereka berhenti selama dua jam lagi.

Mickelson yang memburu gelaran Jelajah PGA buat kali ke-44, bagaimanap­un dilihat langsung tidak tergugat.

Dia memulakan saingan hari terakhir dengan berkongsi pendahulua­n dengan Casey tetapi muncul pendahulu selepas membenam enam birdie bagi mengumpul 18 di bawah par sambil berbaki dua lubang. Dia mencatat birdie di lubang 2 dan 4 sebelum membenam birdie berganda di lubang 9 dan 10 - dua lubang yang dianggap paling sukar.

Mickelson meneruskan kecemerlan­gan dengan dua lagi birdie di lubang 13 dan 14.

 Faktor cuaca halang Mickelson julang gelaran kelima

 ??  ?? MICKELSON sedia meneruskan aksi,
tetapi Casey memilih untuk menangguhk­annya.
MICKELSON sedia meneruskan aksi, tetapi Casey memilih untuk menangguhk­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia