Harian Metro

Sarri pertahan taktikal digunakan

-

Manchester: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri akan tetap dengan taktikal yang diamalkann­ya walaupun beliau terpaksa menanggung kepedihan ketara apabila anak buahnya berdepan kekalahan paling buruk sejak 1991 di Manchester City, awal pagi semalam.

Kekalahan 0-6 di tangan City ternyata sangat tidak menyenangk­an Sarri yang dikatakan semakin tertekan dengan kedudukann­ya di kelab London berkenaan.

Empat kekalahan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan pada masa sama, Chelsea juga gagal menjaringk­an sebarang gol.

Kali terakhir mereka menjaringk­an gol di tempat lawan ialah menerusi N’Golo Kante ketika mereka menang di Crystal Palace pada 30 Disember.

Kekalahan di tangan City adalah yang ketiga buat

Chelsea di tempat lawan di mana mereka juga melepaskan

12 gol.

Bagaimanap­un, pengendali Itali itu enggan mengubah taktikal yang selama ini menjadi peganganny­a.

“Sasaran saya ialah bermain bola sepak dan saya tidak berminat untuk mengubah gaya permainan kami,” kata Sarri. “Hari ini, saya tidak melihat bahawa kami bermain bola sepak. Awalnya ia berkesan dan kini, kami perlu fikirkan mengapa ia tidak menjadi.

“Saya bimbangkan pasukan serta prestasi kami kerana ia membabitka­n kedudukan saya selaku jurulatih.”

Keadaan bertambah buruk buat Sarri dan anak buahnya.

Ketika Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih tugas daripada Jose Mourinho di Manchester United, Disember lalu, Chelsea sedang bersaing dengan Arsenal untuk menduduki tangga keempat dan mereka memiliki kelebihan tiga mata berbanding Gunners dan 11 mata mengatasi United.

Tetapi, selepas keputusan awal pagi tadi, United kini menduduki tangga keempat, satu mata mengatasi Arsenal dan Chelsea.

Bagi memburukka­n lagi keadaan, United memiliki jumlah jaringan lebih baik berbanding Chelsea walaupun pada satu tahap, mereka memegang kelebihan 21 gol sebelum perlawanan pertama Solskjaer di Cardiff pada 22 Disember. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia