Harian Metro

Barca cicir mata

- Reuters

 Anak buah Valverde beri ruang Real rapat jurang pendahulu

Pendahulu La Liga, Barcelona sekali lagi membuka peluang buat Real Madrid untuk mengejar gelaran juara apabila sekadar seri 0-0 di Athletic Bilbao awal pagi semalam dan mereka harus berterima kasih kepada kecemerlan­gan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen.

Penjaga gol Jerman itu dua kali menyelamat­kan cubaan Inaki Williams selain menepis rembatan Markel Susaeta pada perlawanan yang menyaksika­n pendahulu itu sering ditekan tuan rumah.

Barca menduduki tangga teratas dengan 51 mata hasil 23 perlawanan, enam mata di depan Real Madrid.

Ketika Lionel Messi dilanda kecederaan paha manakala pertahanan kiri, Jordi Alba digantung, Barca tidak menunjukka­n persembaha­n baik malah mereka kerap diasak Bilbao.

Bagaimanap­un, persembaha­n menarik tuan rumah terencat apabila Oscar de Marcos dilayangka­n kad kuning kedua tetapi Barca tetap gagal menggunaka­n kelebihan itu untuk sekadar seri buat kali kedua berturut-turut selepas terikat 2-2 di laman sendiri pada perlawanan menentang Valencia minggu lalu.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde tetap yakin dengan peluang pasukannya untuk muncul juara musim ini walaupun tercicir empat mata sejak sembilan hari lalu.

“Kami pulang dengan kedudukan sama seperti minggu lalu, di tangga teratas dan jika pengiraan saya tidak salah, kami akan terus berada di atas minggu depan,” katanya.

“Musim ini masih panjang dan kami akan terus berada di atas.”

Tuan rumah yang ditewaskan seteru setempat, Real Sociedad sebelum ini bermula dengan baik dalam usaha memburu mata penting.

Ter Stegen mula diuji menerusi cubaan jauh Susaeta yang memaksa penjaga gol Jerman itu melayangka­n badannya untuk menampan bola yang menuju tepat ke penjuru kiri.

Dia sekali lagi terpaksa berbuat demikian bagi menghalang cubaan Raul Garcia dan pada babak kedua, dia juga sibuk mengekang cubaan Williams.

Messi yang masuk sebagai pemain gantian ketika pasukannya seri 1-1 dengan Real Madrid pada aksi separuh akhir pertama Copa del Rey minggu lalu, sekali lagi tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Dia hampir menjaringk­an gol apabila penjaga gol Bilbao, Iago Herrerin melakukan kesilapan besar di depan gawangnya. Bagaimanap­un,

cubaan Messi sedikit melewati palang.

“Leo tiada masalah. Dia bermain 100 peratus. Kami mungkin berada dalam keadaan sukar tetapi apabila dia diturunkan, bermakna kecederaan­nya sudah sembuh,” kata Valverde.

 ??  ?? TER Stegen pamer aksi cemerlang. MESSI gagal bantu Barcelona gegar gawang Bilbao.
TER Stegen pamer aksi cemerlang. MESSI gagal bantu Barcelona gegar gawang Bilbao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia