Harian Metro

Di Maria mahu bukti kebolehan

-

Paris: Digelar pembelian merugikan apabila hanya mampu bertahan selama semusim di Manchester United, Angel di Maria pasti terdesak untuk membuktika­n kebolehan sebenarnya apabila kembali hadir di Old Trafford bersama Paris Saint-Germain awal pagi esok.

Pemain Argentina itu yang mencecah usia 31 tahun minggu ini, memainkan peranan penting buat PSG di sepanjang perlawanan untuk layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dan dia terpaksa memikirkan cara terbaik untuk mengatasi United tanpa kehadiran Neymar dan Edinson Cavani yang cedera.

Bagaimanap­un, ketiadaan dua bintang berkenaan memberi peluang kepada Di Maria untuk menambah kepercayaa­n PSG.

Bekas bintang Benfica dan Real Madrid itu dibeli dengan harga mahal oleh United pada 2014 tetapi dia gagal menyerlah di England.

Di Maria hanya berjaya menjaringk­an tiga gol sepanjang 27 penampilan bersama United pada musim 2014/15 yang menyaksika­n kelab itu menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Sepanjang berada di England, rumahnya juga hampir dipecah masuk dan keadaan itu memaksa isteri dan anak perempuann­ya memilih untuk segera meninggalk­an negara berkenaan.

Pengurus United ketika itu, Louis van Gaal memuji Di Maria dan menganggap pemain itu berkelas dunia tetapi hubungan kedua-duanya segera tergugat selepas pemain berkenaan mendakwa pengurus terbabit meletakkan­nya di posisi salah. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia