Harian Metro

Terus asak

- Reuters

 Layan kunjungan Paris St Germain di laman sendiri esok

Manchester United tidak akan sesekali bertahan apabila melayan kunjungan Paris St Germain di Old Trafford pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi esok, kata pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

United tidak tewas dalam semua aksi sejak ketibaan Solskjaer yang menggantik­an Jose Mourinho dua bulan lalu dan peningkata­n yang dipamerkan ketika dikatakan menjadi apabila taktik kelab diubah sepenuhnya oleh pengendali Norway berkenaan.

“Kami perlu kembali kepada corak permainan sejati Manchester United dan saya tidak fikir ada pasukan yang seronok bermain di Old Trafford ketika kami berada di puncak,” kata Solskjaer yang sudah mengecapi 10 kemenangan dan satu seri setakat ini.

“Ia adalah mengenai usaha mengatasi lawan dan anda perlu percaya kepada diri sendiri. Jika anda tanya kepada semua pengurus yang pernah menentang pasukan Sir Alex (Ferguson), anda akan tahu apa maksud saya.

“Saya memiliki tiga penyerang hebat. Selain (Marcus) Rashford, (Anthony) Martial, (Romelu) Lukaku, kami juga mempunyai (Alexis) Sanchez dan (Jesse) Lingard. Mereka mampu memecahkan benteng PSG.”

Rekod pengurusan Solskjaer di peringkat domestik boleh dibanggaka­n tetapi aksi awal pagi esok bakal menjadi ujian sebenar beliau di peringkat Eropah.

Andai berjaya membawa United ke peringkat tinggi saingan, ia akan menjadi faktor tambahan yang membolehka­nnya bergelar pengurus tetap di United.

“Malam terbesar dalam karier saya ialah Liga Juara-Juara,” kata Solskjaer yang menjaringk­an gol kemenangan buat United pada final 1999 sekali gus membolehka­n kelab itu melakar trebel termasuk Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

“Apabila anda sampai ke peringkat ini, anda pasti mahu menang, tidak kira dengan apa cara sekalipun.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia