Harian Metro

Zaniolo dilabel bintang paling berbakat

-

Rome: Nicolo Zaniolo baharu berusia 19 tahun, namun pemain tengah Roma itu sudah berjaya menyesuaik­an dirinya dengan musim bola sepak di Itali sekali gus membolehka­nnya dilabel sebagai antara seorang bintang paling berbakat.

Selepas beraksi bersama skuad remaja Inter Milan musim lalu, Zaniolo menyertai Roma dengan pemain Belgium, Radja Nainggolan berpindah ke kelab lamanya itu.

Pemain yang memiliki ketinggian 1.9 meter itu awalnya tidak begitu diperhatik­an Eusebio Di Francesco tetapi dia berjaya meletakkan dirinya selaku antara penyelamat buat jurulatih Roma berkenaan.

Awal pagi esok, dia akan disenaraik­an di dalam kesebelasa­n utama Roma yang akan melayan kunjungan kelab Portugal, Porto di Stadio Olimpico. - AFP

 ??  ?? ZANIOLO berjaya menyesuaik­an diri dengan musim bola sepak di Itali.
ZANIOLO berjaya menyesuaik­an diri dengan musim bola sepak di Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia