Harian Metro

Jawatan Pengarah Teknikal MHC bakal dimansuh?

-

Kuala Lumpur: Pelbagai kemungkina­n bakal terjawab pada sidang media Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) hari ini terutama membabitka­n jawatan Pengarah Teknikal yang kini disandang oleh Terry Walsh.

Difahamkan jawatan itu tidak akan diwujudkan selepas Walsh kemungkina­n besar akan beralih tugas kepada aspek pembanguna­n seperti yang dinyatakan oleh Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal.

Andai benar, khabar angin yang menyatakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tai Beng Hai bakal menggantik­an tempat Walsh adalah tidak tepat.

Mengulas situasi itu, bekas kapten skuad negara, Mohamad Abdul Hadi berkata, pelbagai impak boleh berlaku andai jawatan itu tidak diwujudkan lagi.

“Jika jawatan itu dimansuhka­n berikutan kekangan kewangan atau MHC berasakan tiada keperluan lagi, mungkin ia satu tindakan yang betul.

“Tapi, bagi saya skop tugas Pengarah Teknikal adalah luas. Adakah dengan ketiadaan Walsh nanti ia dapat memberi jaminan bahawa pasukan hoki negara akan menuju ke arah lebih baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Mohamad, berdasarka­n pengalaman­nya di bawah bimbingan Walsh sepanjang 1991 sehingga 1993, pakar dari Australia itu adalah seorang jurulatih berkaliber.

“Beliau yang membantu pasukan layak ke Sukan Olimpik Barcelona 1992,” katanya.

Subahan menerusi laporan Arena Metro berkata, segala persoalan mengenai masa depan Walsh bakal terjawab menerusi sidang media itu.

Bagaimanap­un, beliau memberi bayangan Walsh yang dilantik selaku Pengarah Teknikal MHC sejak 2015, akan kekal di Malaysia dengan tugasan berbeza, iaitu membantu dalam aspek pembanguna­n.

 ??  ?? WALSH (kiri) dijangka bantu aspek pembanguna­n sukan hoki negara.
WALSH (kiri) dijangka bantu aspek pembanguna­n sukan hoki negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia