Harian Metro

‘Paling tidak satu pentas final’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) mengharapk­an bintang bowling negara, Rafiq Ismail yang akan beraksi pada Jelajah Persatuan Bowling Profesiona­l (PBA) Amerika Syarikat (AS) sekurang-kurangnya mara ke salah satu pentas final.

Rafiq, 21, satu-satunya pemain Malaysia yang mendapat kebenaran dari Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berpangkal­an di AS selama dua bulan bagi melakukan persiapan menghadapi jelajah itu.

Juara dunia individu lelaki itu akan memulakan saingan di Kejohanan Pemain PBA hari ini sebelum beraksi di Terbuka Indianapol­is PBA (19-24 Februari), Terbuka Jonesboro PBA (26 Februari-3 Mac) dan Siri Bowling Dunia X PBA (11-21 Mac).

Setiausaha

Agung MTBC, Maradona Chok ketika dihubungi berkata, Rafiq sudah bersedia sepenuhnya dan tidak sabar untuk beraksi di siri jelajah itu.

“Tahap keyakinann­ya sangat tinggi dan kami menjangkak­an persembaha­n yang cemerlang daripadany­a. “Bagaimanap­un, kami tidak meletakkan

 ??  ?? RAFIQ berpangkal­an di AS selama dua bulan sebagai persiapan Jelajah PBA.
RAFIQ berpangkal­an di AS selama dua bulan sebagai persiapan Jelajah PBA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia