Harian Metro

Waspada sengat Kitchee

- Farah Suhaidah Othman sukan@nstp.com.my

Ipoh: Ketua Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic

mahu anak buahnya berwaspada dengan peledak dimiliki wakil Hong Kong, Kitchee SC pada perlawanan pusingan kelayakan kedua Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Perak di sini, malam ini.

Durakovic menyifatka­n Kitchee SC mempunyai jentera peledak yang hebat terutama barisan pemain import diketuai penjaring gol terbanyak Liga Hong Kong, Lucas da Silva.

“Kitchee mempunyai penyerang bagus dan pengalaman yang banyak, pemain tempatan dan import juga antara gandingan yang mantap, jadi tentunya esok (hari ini) adalah perlawanan yang hebat buat kami.

“Penyerang mereka (Lucas) juga sangat bahaya dan barisan pemain kita (Perak) perlu berwaspada,” katanya pada sidang media di Stadium Perak, di sini semalam.

Durakovic berkata, peluang bermain di laman sendiri seharusnya dimanfaatk­an semua pemain dengan menampilka­n aksi bertenaga dan cemerlang di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Sejujurnya, (perlawanan) ini adalah peluang terbaik kepada anak buah saya untuk mempamerka­n aksi terbaik masing-masing kerana berhadapan dengan antara pasukan kelab terbaik.

“Saya tahu bagaimana keadaannya ketika menjadi pemain dan jurulatih (apabila berdepan dengan pasukan terbaik), jadi saya mahu mereka

kanan)

(gambar

menghargai pengalaman ini, tidak gentar dan menjadikan perlawanan itu antara yang terbaik,” katanya.

Ditanya barisan kemungkina­n yang bakal diturunkan, Durakovic berkata, perkara itu akan diputuskan hari ini kerana terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan dan berharap semua mereka pulih sebelum aksi berkenaan.

Sementara itu, kapten skuad The Bos Gaurus, Shaharul Saad berkata, dia dan rakan-rakannya akan menampilka­n aksi terbaik bagi membuktika­n mereka juga mampu bersaing dengan kelab terbaik lain.

“Sudah semestinya apabila bermain di gelanggang sendiri, kita mahukan kemenangan dan kita akan berusaha habis-habisan untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Kitchee, Alex Chu berkata, beliau yang turun untuk menyaksika­n perlawanan antara Perak dan Kedah dua hari lalu melihat skuad ‘The Bos Gaurus’ itu bukan mudah untuk dijinakkan tanpa persediaan rapi.

Justeru, katanya, Lucas diharapkan akan menjadi nadi kepada Kitchee untuk memenangi pusingan kelayakan itu, sekali gus layak ke pusingan ketiga bertemu wakil

Korea Selatan, Ulsan

Hyundai.

 ??  ??
 ??  ?? LUCAS
LUCAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia