Harian Metro

Fokus perlawanan tentang Selangor

-

Kuala Lumpur: Pengendali PKNS Datuk K Rajagobal tidak mahu menjadikan ‘luka’ tewas kepada Melaka United (MU) malam Sabtu lalu terus menghantui pasukan dan mahu anak buahnya kekal fokus menentang Selangor 17 Febuari ini.

Malah, keputusan pengadil yang banyak tidak menyebelah­i pasukan pada perlawanan itu tidak melemahkan semangat pemain berhadapan Selangor nanti dan berusaha membawa pulang tiga mata penting.

Beliau berkata, misi pasukan adalah mahu meraih tiga mata penting walaupun berhadapan dengan pasukan yang boleh dianggap ‘ábang’ dengan membariska­n skuad terbaik.

“Memang ada beberapa keputusan yang dilihat tidak menyebelah­i kita ketika menentang MU namun kita harus fokus pada perlawanan Selangor nanti.

“Walaupun Selangor boleh dianggap sebagai pasukan ‘ábang’, mana-mana pasukan sebenarnya bagi kita penting terutama membawa pulang tiga mata penting,” katanya.

Sabtu lalu, jaringan tunggal bekas pemain JDT Safiq Rahim memastikan Melaka

United (MU) membawa pulang tiga mata penting selepas menewaskan PKNS

1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Rajagobal berkata, pasukannya masih membina keserasian pemain terutama membabitka­n pemain import yang dilihat masih lagi tidak berada pada tahap memuaskan.

“Saingan liga masih lagi baharu dan mungkin selepas beberapa perlawanan mereka akan ada keserasian terutama di bahagian tengah,” katanya. dengan program F30 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, skuad kendalian Teong Kim gagal menepati sasaran layak ke Piala Dunia U-17 sekali gus memaksa penstruktu­ran semula program NFDP dan kedudukann­ya menjadi persoalan selepas dilaporkan menerima RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai.

Bagaimanap­un Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada penghujung tahun lalu menjelaska­n Teong Kim kekal sehingga berakhir kontrak sehingga 31 Oktober tahun ini.

 ??  ?? RAJAGOBAL
RAJAGOBAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia