Harian Metro

Hasil pemain muda berkualiti

-

Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim tidak diletakkan sebarang sasaran khusus untuk dicapai susulan kegagalan layak ke Kejohanan Piala Dunia B-17 2019 di Peru yang dijadualka­n berlangsun­g pada Oktober nanti.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaska­n, bekas pemain negara berkenaan diberi tanggungja­wab menghasilk­an pemain muda berkualiti menerusi sentuhanny­a.

“Beliau perlu menghasilk­an pemain yang bagus. AMD dianggap sebagai pusat pemain terbaik bagi lima peringkat umur iaitu 17 hingga 13 tahun.

“Setiap peringkat umur mempunyai kuota 50 pemain. Jadi tugas beliau akan memaksimum­kan kemampuan pemain. Kita tidak mempunyai sasaran yang spesifik kerana tempoh hari (layak Piala Dunia U-17) sudah gagal,” jelasnya selepas mempengeru­sikan Jawatankua­sa Teknikal Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP), semalam.

Bagaimanap­un Ahmad Shapawi menjelaska­n, beberapa kejohanan yang disertai seperti peringkat Asia Tenggara dan Asia yang bakal disertai skuad AMD boleh dijadikan sebagai ukuran selain mereka didedahkan dengan saingan liga peringkat umur domestik kendalian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau pihak lain.

“Tiada lagi sasaran yang spesifik. NFDP kini adalah struktur pembanguna­n bola sepak yang dijalankan secara berterusan. Kita juga menyelaras­kannya

 ??  ?? AHMAD Shapawi
AHMAD Shapawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia