Harian Metro

Azraie sedia beraksi Jumaat depan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Berita gembira buat kem pasukan Terengganu FC (TFC) menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini apabila penjaga golnya, Wan Muhammad Azraie Wan Teh tidak mengalami kecederaan serius.

Malah penjaga gol berusia 33 tahun kelahiran Kuala Ibai Terengganu itu sudah mampu menjalani latihan bersama pasukannya sebagai persiapan menghadapi juara bertahan Liga Super itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Saya sudah pulih walaupun ada kesan lebam di bahagian kiri atas kepala dan berhampira­n dengan kening, selain di bibir atas dan bawah ada pecah sikit pada bahagian dalam.

“Saya sudah menjalani rawatan dengan pegawai perubatan pasukan dan keadaan kembali baik, insya-Allah, saya mampu beraksi bertemu dengan JDT pada Jumaat ini.

“Jika diberi peluang saya akan mempamerka­n aksi terbaik sebagaiman­a sebelum ini apatah lagi pertemuan dengan skuad itu pastinya menjadi tumpuan peminat setia kedua-dua pasukan,” kata Azraie.

Sabtu lalu, bekas penjaga gol Pahang dan T-Team itu terpaksa digantikan dengan penjaga gawang simpanan, Mohd Ilham Amirullah Razali pada pertengaha­n babak pertama susulan pertembung­an dengan penyerang skuad Tok Gajah, Dickson Nwakaeme pada minit ke-13.

“Akibat insiden itu, saya gagal meneruskan permainan selepas kepala mula terasa pening sebelum meminta dikeluarka­n bagi mengelak berlaku kecederaan lebih serius apatah lagi ketika itu pasukan ketinggala­n,” kata Azraie yang mengakui kecewa selepas pasukannya tewas 0-3 kepada skuad Tok Gajah.

Selain Azraie, skuad TFC mempunyai dua lagi penjaga berpengala­man yang tidak kurang hebatnya termasuk Mohd IIham Amirullah serta pemain dan penjaga gol paling senior Liga Malaysia (Liga M), Mohd Sufiian Abdul Rahman. Kuantan: Pertahanan import Pahang, Herold Goulon akan mempertaru­h fizikal yang dimilikiny­a untuk membantu memperkasa­kan skuad itu termasuk menjaringk­an gol pada setiap perlawanan.

Ketinggian pemain kelahiran Perancis itu yang mencecah 1.95 meter itu sudah dibuktikan selepas menjaringk­an satu gol hasil tandukan ketika skuad Tok Gajah menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0, kelmarin.

“Saya gembira apabila dapat menjaringk­an satu gol selain memastikan jentera pertahanan dapat mengekang asakan lawan untuk memastikan kejayaan buat pasukan.

“Kelebihan ini (ketinggian) akan digunakan sepenuhnya terutama apabila Pahang mendapat sepakan sudut,” kata bekas pemain skuad remaja kebangsaan Perancis itu.

Pada pertemuan dengan TFC itu, sepakan sudut penalti yang dilakukan pemain tengah, Saddil Ramdani ditanduk kemas Goulon untuk gol kedua Pahang pada minit ke-51.

Dua gol lagi, masing-masing satu dijaringka­n penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme pada minit ke-12 dan

 ??  ?? HERALD Goulon
HERALD Goulon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia