Harian Metro

TAMBAN SERAH DIRI

- Fardy Bungga dan Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Ribuan anak ikan loncat masuk dalam bot di Pelabuhan Tawau

3 petang itu dianggap perkara biasa oleh nelayan dan bukan petanda bakal berlakunya bencana alam seperti Tsunami.

Nelayan Sarudin Saha, 40, ketika ditemui berkata, kejadian itu bukan pertama kali dilihatnya sejak mencari rezeki sebagai nelayan di perairan daerah ini lebih 20 tahun lalu.

“Sejak tahun 90-an lagi saya kerja menangkap ikan di laut dan banyak kali saya berhadapan fenomena seperti itu. Cuma bezanya ketika itu, kami (nelayan) tidak ada telefon bimbit untuk mengambil gambar atau merakam video seperti semalam.

“Orang ramai tidak perlu risau atau takut kerana kejadian anak ikan tamban muncul dan memasuki bot di Pelabuhan Tawau adalah fenomena biasa,” katanya.

Sarudin berkata, walaupun jarang berlaku, nelayan menganggap kehadiran ribuan anak ikan tamban itu sebagai rezeki tambahan untuk keluarga.

“Bayangkan, kami (nelayan) hanya perlu bersauh di mana-mana kawasan (perairan berhampira­n Pelabuhan Tawau) sementara menunggu perahu dipenuhi ikan yang melompat masuk ke dalam dengan sendirinya,” katanya.

Rakannya Kamal Abdullah, 40, pula berkata, fenomena ikan naik ke darat itu bagaimanap­un bermusim walaupun bukan setiap tahun berlaku.

“Kami pun tidak tahu punca sebenar anak ikan begitu banyak muncul secara tiba-tiba. Hasil memang cukup banyak walaupun harganya sedikit murah berbanding ikan jenis lain yang dijual di pasar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim berkata, fenomena anak ikan tamban ‘melompat’ keluar ke permukaan air adalah perkara biasa dan pernah berlaku di kawasan perairan Tambisan di Lahad Datu pada 2013.

Katanya, sifat ikan tamban adalah bergerak secara berkumpula­n dalam jumlah banyak menarik perhatian ikan pemangsa lebih besar seperti ikan putih, tenggiri dan titir.

“Ada dua perkara yang boleh dikaitkan dengan fenomena itu, antaranya mungkin disebabkan ikan berkenaan cuba melarikan diri daripada dikejar ikan pemangsa. Faktor kedua kemungkina­n ikan berkenaan cuba keluar daripada arus laut deras,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azhar berkata, mengambil contoh kejadian di Pelabuhan Tawau, ikan berkenaan mungkin berada di laluan sempit menyebabka­nnya terpaksa melompat keluar ‘menyelamat­kan diri’.

 ?? V ?? RIBUAN anak ikan
tamban muncul secara tiba-tiba dan meloncat-loncat hingga masuk ke dalam bot di Pelabuhan Tawau.
V RIBUAN anak ikan tamban muncul secara tiba-tiba dan meloncat-loncat hingga masuk ke dalam bot di Pelabuhan Tawau.
 ??  ?? MANGSA hilang selama tiga hari dijumpai dalam keadaan lemah di Ulu Krian.
MANGSA hilang selama tiga hari dijumpai dalam keadaan lemah di Ulu Krian.
 ??  ?? Fenomena anak ikan tamban lompat
keluar pernah berlaku di perairan
Tambisan
Fenomena anak ikan tamban lompat keluar pernah berlaku di perairan Tambisan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia