Harian Metro

Ditemui lemah tiga hari hilang di Ulu Krian

-

Saratok: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu berhasil apabila mangsa ditemui selamat petang kelmarin.

Mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan SAR, hanya kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Bomba di Ulu Krian, di sini, jam 6.55 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata, sebelum itu pasukan SAR membabitka­n anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Ruan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong dan penduduk kampung melakukan pencarian di sepanjang jalan serta hutan berdekatan.

“Kami melakukan pencarian pada radius kira -kira 12 kilometer (km) di tepi jalan dan lima km ke dalam kawasan hutan.

“Usaha selama tiga hari itu akhirnya membuahkan hasil apabila mangsa dijumpai dalam keadaan selamat tetapi lemah di simpang Nanga Budu Ulu Krian. Dia kemudianny­a dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan susulan,” katanya.

Duncan yang berasal dari Rumah Panjang Rosita Dugat, Nanga Budu Krian, dilaporkan hilang sejak petang Khamis lalu.

Anggota keluarga yang bimbang keselamata­n mangsa kemudianny­a tampil membuat laporan sebelum operasi SAR dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia