Harian Metro

Operasi tahan pemandu mabuk

- Ryan Stanley cnews@nstp.com.my

 Empat ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol

Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi khas ‘Op Mabuk’ serta ‘Op Samseng Jalanan’ di dua lokasi berasingan di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi yang bermula dari jam 1 hingga 6 pagi itu menyaksika­n 125 kenderaan membabitka­n 142 orang diperiksa.

“Pihak polis juga menjalanka­n ujian nafas terhadap 22 pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dengan tujuh daripadany­a didapati positif.

“Daripada jumlah itu, empat termasuk seorang wanita didapati positif melebihi alkohol dalam darah selepas ujian nafas kedua dijalankan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Habibi berkata, empat individu terbabit berusia 25 hingga 51 tahun ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 33 keping saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarka­n pada operasi berkenaan dengan kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah memandu tanpa lesen manakala jenis kenderaan yang paling banyak disaman ialah motokar iaitu sebanyak 27 saman.

“Operasi ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan lalu-lintas.

“Selain itu, ia juga bagi mengelak individu memandu ketika berada dalam pengaruh alkohol yang mana boleh membahayak­an nyawa mereka dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N terhadap pengguna jalan raya dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan.
PEMERIKSAA­N terhadap pengguna jalan raya dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia